Aktor Pekin Ibrahim meminta orang ramai mendoakan kandungan sulung isterinya, Mona Allen yang kini memasuki usia lapan bulan.
Pelakon kelahiran Kelantan itu berkongsi foto terkini isterinya itu di laman sosial Instagram pada Khamis.
View this post on Instagram
“8 bulan, doakan semua dipermudahkan buat isteri saya,” tulis Pekin di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, tampil berseri mengenakan pakaian berona jingga dengan tudung bercorak lembut.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikutnya menitipkan doa dan kata-kata semangat untuk urusan melahirkan zuriat berjalan lancar.
“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan,” komen Fauziah Nawi.
“Semoga isteri Pekin sihat walafiat serta Allah SWT mudahkan segala urusan kelahiran nanti,” kata seorang wargamaya.
“Congratulations bro and Mona. Semoga dipermudahkan,” ujar seorang wargamaya.
“Semoga segalanya dipermudahkan and congrats in advance bro,” tulis seorang wargamaya lagi.
komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Sumber : slambermedia
Be the first to comment on "Usia Kandungan Mona Allen Cecah 8 Bulan, Pekin Mohon Doa Orang Ramai"