[VIDEO] Rider Grab dipuji cekap bantu ambulans kawal lalu lintas…

VIDEO memaparkan ambulans yang ditahan bagi memberi laluan kepada konvoi orang kenamaan (VIP) pernah tular sehingga mengvndang kemar4han netizen.

Namun lain pula ceritanya kali ini apabila seorang rider GrabFood menerima pujian ramai selepas dia membantu melancarkan trafik bagi memberi laluan kepada sebuah ambulans.

Video tular yang dikongsi seorang pemandu ambulans itu meraih lebih sejuta tontonan dalam tempoh sehari, sejak ia dimuat naik ke aplikasi TikTok pada Jumaat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Semoga dipermudahkan urusan abang Grab,” tulis pemandu ambulans dikenali sebagai Abam Muadz itu.

Dalam rakaman berkenaan, pemandu GrabFood itu menunggang sebuah motosikal di sebuah lebuh raya sambil menggunakan sebelah tangannya untuk mengawal lalu lintas.

Dia dilihat menyalakan lampu kecemasan motosikal miliknya sambil mengarahkan pengguna jalan raya agar ke tepi untuk memberi laluan kepada ambulans berkenaan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap lelaki itu yang disifatkan sebagai hero masyarakat, sekali gus dapat memudahkan urusan pihak h0spital dalam menyelamatkan ny4wa pes4kit.

“Ya Allah mulianya hati dia. Luaskanlah rezeki dan lancarkanlah urusannya. Amin.

“Mengalir air mata. Dalam dia mencari rezeki, dia luangkan masa untuk tolong orang lain.

“Alhamdulillah, syukur ada insan prihatin macam ni. Moga dipermudahkan urusan,” tulis netizen.

Dalam pada itu, ramai yang turut meluahkan rasa kagum dengan kemahiran lelaki itu mengawal lalu lintas.

Malah, segelintir netizen mend4kwa lelaki itu merupakan seorang anggota Trafik yang bekerja secara sambilan sebagai rider GrabFood pada hari cuti.

trafik1

Ramai netizen turut mendoakan agar rider Grab itu terus dipermudahkan segala urusannya.

Brother ni Trafik cawangan Kuala Lumpur, selalu lepak dengan dia. Dia cakap buat Grab time cuti je. Terbaik bro.

“Tapi gaya macam anggota polis Trafik, maybe dia part time Grab.

“Tengok cara bawa motor dengan lenggok dia pun dah tahu tu anggota.

“Abang ni Trafik dekat Kuala Lumpur. Selalu dia buat macam ni kalau ada ambulans. Dia bawa Grab kalau cuti,” tulis beberapa netizen.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mStar

Be the first to comment on "[VIDEO] Rider Grab dipuji cekap bantu ambulans kawal lalu lintas…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*