“Ketika Itu Saya Lafaz ‘Ya Allah’,” – Isteri Zul (2by2), Intan Maya Guvgur Duva Kali, Kogsikan Apa Yang Dialaminya

Isteri kepada penyanyi dan komposer Zul (2 by 2), Intan Maya mend3dahkan dia dua kali mengalami keguguran selepas mendirikan rumah tangga sejak 22 Februari lalu.

Intan Maya yang juga penyanyi selain pernah menganggotai kumpulan The Girls reda dan berdoa semoga dikurniakan rezeki zuriat bersama Zul selepas ini.

Terdahulu, dia mend3dahkan pernah diuji dengan kesakitan dipercayai akibat perbuatan khurafat atau ilmu hitam.

“Beberapa bulan lalu saya tak datang bulan, ‘sangkut’ (hamil) ke. Namun saya ada beritahu suami, kenapa rasa tak sedap badan. Masa hamil yang pertama, saya mimpi ular tedung warna hitam dan merah.

“Suasana ketika itu seolah-olah di sebuah perkampungan dan saya tiba-tiba jatuh tergolek dari lereng bukit yang ada air terjun. Jadi bila nak bangun tu, macam terpegang ular tersebut. Cuma dia tak patuk.

“Ketika itu saya lafaz ‘Ya Allah’ dan tak lama kemudian, ular itu berlalu pergi. Bila bangun rasa bahagian perut sakit. Dapat tahu gugur,” katanya.

Maya menambah, sebelum keguguran kali kedua pula, dia turut berdepan situasi aneh.

“Ia berlaku ketika kami berada di kedai makan. Malam sebelumnya, saya berada di bilik jahitan. Tiba-tiba dengar bunyi menyeramkan. Saya cari suami dan bertanya mengenai bunyi terbabit. Suami tak tahu menahu.

“Bila dia ke bilik air dan saya pula baru nak lelap, tiba-tiba saya tergerak hati nak buka mata. Saya terkejut seolah-olah ternampak satu lembaga dari arah tingkap. Ya Allah buruknya muka dia dengan serabainya.

“Terkejut dengan apa berlaku, saya kembali lelap dan bila bangun pagi kami keluar untuk sarapan. Tengah duduk, muncul seekor lipan berjalan arah ke saya. Bila tegur, ia pusing balik.

“Selepas m4tikan ia, badan rasa ‘bisa’ sangat. Lalu saya alami keguguran lagi baru-baru ini. Saya anggap kami belum ada rezeki,” katanya.

Zul bagaimanapun berdoa dan tetap cari usaha untuk mengekang masalah dari terus dihadapi isteri.

“Siapa yang tak rasa kecewa. Cuma kami suami isteri tetap ikhtiar apa yang boleh dibuat (berub4t). Pada masa sama kita buat solat minta dipermudahkan, selain amal baca Yasin.

“Perkara tersebut terjadi pada isteri. Ia pengalaman juga buat saya. Saya cuba fahami dan yang penting ambil tahu apa gangguan yang dialaminya. Saya di sisi untuk mengawal keadaan,” katanya lagi.

Pasangan tersebut ditemui pada Sidang Media Pelancaran Single Penyanyi Aiden Daniel di Arina SkyView KL, pada Ahad.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "“Ketika Itu Saya Lafaz ‘Ya Allah’,” – Isteri Zul (2by2), Intan Maya Guvgur Duva Kali, Kogsikan Apa Yang Dialaminya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*