Minah Saleh Selamba Berjemur Tengah KL, Penat Agaknya Cari Pantai Tapi Tak Jumpa

 

Menjadi kebiasaan bagi pelancong dari negara barat untuk berjemur bila bercuti ke pantai atau pulau-pulau di Malaysia. Matahari terik menyinar bagaikan satu kelebihan yang ada di negara kita yang menarik buat pelancong datangnya dari negara beriklim sejuk.

Bagaimanapun baru-baru ini satu rakaman dengan paparan seorang pelancong tengah berjemur telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak dalam video itu terlihat seorang minah saleh dengan selamba baring di atas rumput yang mana sekelilingnya adalah jalan raya tempat kereta lalu lalang.

Gaya wanita tersebut mencuri perhatian ramai kerana lokasi dia berbaring berjemur itu agak tidak sesuai. Di tepi jalan raya yang agak sibuk, boleh pula dia berbaring memang orang nampak pelik.

Lagi pula kita di Malaysia ini jarang-jarang ada yang buat ‘perangai’ sebegini. Kalau cahaya terik kalau boleh nak berteduh. Korang saksikan rakaman minah saleh selamba berjemur tengah KL ini:

@suerayasolomon

 

♬ original sound – yanaothman

Mungkin di negara mereka perbuatan ini adalah perkara biasa. Jadi tidak hairan mengapa wanita tersebut selamba melakukan aktiviti berjemur di tengah bandaraya.

Apa-apa pun perkongsian rakaman minah saleh selamba berjemur yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun suerayasolomon ini telah meraih lebih sejuta tontonan dan 50 ribu likes.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini seperti berikut:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Minah Saleh Selamba Berjemur Tengah KL, Penat Agaknya Cari Pantai Tapi Tak Jumpa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*