Anak Jadi Saksi Saat Al-Jufferi Jamari Berjaya Menjadi Juara Dunia Pencak Silat

 

Beberapa hari lalu telah berlangsungnya Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Menjadi satu detik bermakna apabila Malaysia juara Pencak Silat Dunia!

Atlet Pesilat Malaysia yang merangkul pingat juara tersebut adalah Mohd Al-Jufferi Jamari. Beliau juga adalah bekas juara dunia tiga kali dalam arena silat.

Menerusi laporan Berita Harian, Mohd Al-Jufferi Jamari memperoleh kemenangan dengan mata 41- 16 dalam perlawanan Arena 1 dan mara ke pusingan seterusnya bertemu pesilat Filipina , Alvin T Campos.

Berikut adalah perkongsian rakaman saat Malaysia juara Pencak Silat Dunia disaksikan anak Al Jufferi sendiri yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun pamela.onee:

@pamela.onee Alhamdulillah Al-Jufferi menamatkan Kejuaraan Pencak Silat Dunia dengan gelaran Juara😭🇲🇾 #aljufferijamari #pencaksilatmalaysia #pencaksilatdunia #malaysiaboleh #fyp #masukberanda #xyzbca ♬ Kuasa Juara – KRU

Wow, satu kebanggaan buat Malaysia! Sudah pastinya saat penting begini disaksikan anaknya juga akan menjadi satu memori terindah buatnya. Perkongsian rakaman ini telah meraih hampir 600 ribu tontonan dan 61 ribu likes.

Malah ramai juga yang turut sebak menyaksikan rakaman saat kemenangan tersebut. Apatah lagi apabila juara memeluk anaknya yang masih kecil.

Apa-apa pun di ruangan komen, warganet meninggalkan ucapan tahniah dan meluahkan rasa kagum mereka terhadap atlet Malaysia ini. Satu sejarah tercipta dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia! Berikut antara reaksi ramai yang dititip di ruangan komen perkongsian tersebut:

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Anak Jadi Saksi Saat Al-Jufferi Jamari Berjaya Menjadi Juara Dunia Pencak Silat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*