“Saya Pernah Terima Lebih 20 Biji Kek,” – Ruhainies Tak Ambil Hati Digelar ‘Queen Of Birthday’

Pelakon Ruhainies terbuka dan tidak mengambil serius jenaka yang dilemparkan sesetengah netizen yang menggelarkan dirinya sebagai ‘queen of birthday’ susulan kerap berkongsi majlis sambutan di media sosial setiap kali tiba hari jadi.

Genap  berusia 30 tahun, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, situasi tersebut berlaku disebabkan jadual kerjanya yang tidak menentu, sekaligus menyebabkan ada sambutan yang terpaksa dianjakkan.

“Sambutan nampak banyak kali kerana saya meraikannya bersama peminat, kawan-kawan dan juga dengan keluarga. Saya okay saja bila orang label saya sebagai ‘queen of birthday’. Malah waktu viral sebelum ini, saya perasan ada yang kata ‘hari jadi dia lagi dan lagi’.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @ruhainies7

“Sebabnya bila saya sibuk dengan komitmen kerja, rakan akan tunggu tarikh dan masa saya. Jadi, kalau sudah terlepas sekali pun, mereka tetap nak meraikan,” katanya kepada MH.

Ditanya jumlah kek terbanyak yang pernah diterimanya, Ruhainies akui ia boleh mencecah hingga berpuluh-puluh biji kek.

“Tahun lepas waktu pandemik, saya tidaklah dapat banyak kek, dalam empat lima biji. Cuma beberapa tahun lalu, saya pernah terima lebih 20 biji kek. Alhamdulillah ramai yang sayang, saya percaya itu juga rezeki, amin,” katanya lagi.

Ruhainiens pada masa sama akui seiring peningkatan usia, cabaran serta tanggungjawab pasti menjadi lebih bersar berbanding sebelumnya.

“Bila masuk ‘3 series’ ni, saya rasa komitmen itu menjadi lebih besar. Masih banyak yang belum dicapai. Tambah pula saya masih ada keluarga, ibu bapa.

“Bila kita sudah capai sesuatu, sudah tentu kita akan impi yang lebih lagi. Saya kalau boleh mahu perkasakan lagi bisnes sendiri. Sebelum ini saya banyak lakukan kolaborasi sahaja. Tetapi kali ini kalau boleh mahu ada jenama sendiri.

“Kecintaan itu masih lagi dalam lakonan, cuma mahu terokai lebih dalam perniagaan pula. Sebelum aktif seni pun rakan terdekat tahu saya memang minat dalam bisnes,” katanya lagi.

Komen Netizen:

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "“Saya Pernah Terima Lebih 20 Biji Kek,” – Ruhainies Tak Ambil Hati Digelar ‘Queen Of Birthday’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*