Tonton Siaran Langsung Perlawanan Bola, Pemuda Terkejut Nampak Teman Wanita Dengan Lelaki Lain

 

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila seorang lelaki mend4kwa kekasihnya kantoi curang menerusi siaran langsung yang ditontonnya ini. Pemuda bernama Fernand dari Indonesia itu memberitahu semuanya kantoi apabila dia sedang menonton sebuah perlawanan bola sepak yang ditonton secara langsung di rumah.

Menerusi siaran yang ditontonnya itu, dia melihat kelibat teman wanitanya bersama-sama lelaki lain di stadium tersebut. Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu memuat naik perkongsian di Facebook dengan gambar kekasihnya yang dilihat duduk di atas riba seorang lelaki.

Menurutnya, wanita yang berada di dalam gambar itu merupakan kekasihnya yang sedang bermesra dengan lelaki lain. Dia mengakui berasa terkejut apabila jurukamera merakamkan gelagat teman wanitanya yang berada di kerusi penonton bersama lelaki yang tidak dikenalinya ini.

@kacuxhermawan setinggi tingginya bango terbang pasti ujung ujungnya jadi kecap#persik ♬ Tak Ingin Usai – Keisya Levronka

Fernand kemudian berkongsikan paparan gambar terbabit di media sosial dan mengucapkan terima kasih kepada page di Facebook itu yang menayangkan perlawanan bola sepak tersebut secara langsung. Dia memberitahu sekiranya tiada siaran langsung itu, pastinya dia juga tidak tahu teman wanitanya itu curang dan mempunyai kekasih hati yang lain.

“Hasil dari tadi saya bisa mengetahui bahawa pacar saya sedang menonton persik bersama pria lain…”

Video yang dimuat naik di Tik Tok itu juga kini menerima lebih dari tujuh juta tontonan setakat ini. Walaupun ada yang meragui kesahihan kejadian itu, netizen turut memberikan kata-kata semangat kepada lelaki itu untuk meneruskan hidupnya selepas apa yang terjadi.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Tonton Siaran Langsung Perlawanan Bola, Pemuda Terkejut Nampak Teman Wanita Dengan Lelaki Lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*