Shuib Sedekah Senyap-Senyap Dekat Kanak-Kanak Jual Kerepek Raih Pujian Netizen

Bersedekah kepada mereka yang memerlukan antara amalan terpuji yang seharusnya menjadi contoh kepada orang ramai. Sedekah yang diberikan ini juga bukan sahaja membantu golongan yang kurang bernasib baik malah pemberi sedekah juga akan menerima manfaat daripadanya juga.

Baru-baru ini pula, pelawak terkenal Shuib mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat memberikan wang kepada seorang kanak-kanak yang menjual kerepek. Lebih menarik perhatian lagi, pelawak itu cuba menghulurkan wang tersebut secara senyap-senyap tanpa dilihat oleh mereka yang lain.

Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan Shuib yang sedang menjamu selera di sebuah restoran sebelum dia didatangi oleh kanak-kanak yang menjual kerepek itu. Shuib kemudiannya mengeluarkan sejumlah wang daripada dompetnya dan menyerahkan kepada kanak-kanak itu secara bersembunyi.

Malah pelawak itu juga dilihat cuba menyembunyikan jumlah wang yang diberikan kepada kanak-kanak itu kerana bimbang diketahui mereka yang berada di situ. Dalam masa yang sama, Shuib sempat berbual seketika dengan kanak-kanak itu selepas menyerahkan wang tersebut.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut memuji tindakan Shuib yang melakukan kebaikan tanpa perlu menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Ada juga netizen yang memberitahu pelawak tersebut sememangnya terkenal dengan sikap pemurahnya yang rajin memberikan sedekah.

“Dia dah cuba sedaya upaya untuk sembunyikan amalan sedekah tu…”

shuib

“Shuib memang suka bersedekah, masa dia jadi dj sinar fm dulu pagi-pagi dia selalu beli makanan kat semua pekerja dalam tu.”

sedekah

“Tu punca rezeki dia murah, kuat kan kuasa sedekah ni…”

komen

“Shuib pernah hidup susah, dia tahu apa itu erti susah.”

tik tok

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Shuib Sedekah Senyap-Senyap Dekat Kanak-Kanak Jual Kerepek Raih Pujian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*