Uji Rashid Kongsikan Keadaan Kesihatan Terkini Anaknya, Cico Harahap

Penyanyi popular era 70-an, Uji Rashid meluahkan rasa syukur apabila keadaan kesihatan anaknya, Cico bertambah baik selepas dipercayai diberi r4cuvn oleh rakan-rakan.

Perlahan dari segi percakapan

Pada bulan April 2018, Uji pernah melahirkan rasa kesal dengan penularan berita berkenaan keadaan anaknya Cico yang dikatakan bisu dan buta huruf. Menurut Uji, dia geram apabila cerita itu timbul dan sengaja diadakan-adakan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay.

Memang dulu dia susah untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif. Dia seperti budak-budak baru belajar. Dulu langsung tidak boleh kenal diri dan mengeja namanya. Rcuvn itu beri kesan terhadap 0t4k, org4n dalaman dan kotak suaranya.”

Menerusi laporan Harian Metro, Uji Rashid memberitahu secara keseluruhan keadaan Cico pada masa ini semakin baik. Namun, anaknya itu masih perlahan dari segi percakapan.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun, keadaannya makin okey. Cuma percakapan dan pertuturan tak lancar. Kadangkala dia masih ingat-ingat lupa apa yang berlaku. Namun semakin hari keadaannya semakin baik. Syukurlah.”

 

Sumber : Ohbulan

 

Be the first to comment on "Uji Rashid Kongsikan Keadaan Kesihatan Terkini Anaknya, Cico Harahap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*