Kereta Dipandu Perlahan, Notis Yang Ditampal Pula Buat Ramai Terharu

 

Setiap kali memandu di jalan raya, pastinya ada pelbagai kerenah pemandu yang dapat dilihat. Zaman sekarang ini pula, ramai yang cepat melatah sekiranya berlaku kejadian yang menguji kesabaran semasa memandu. Namun lain pula yang dikongsikan ini tentang gelagat seorang pemandu yang menjadi bualan ramai di media sosial.

Semuanya kerana tindakan pemandu itu yang membawa kereta dengan begitu perlahan sekali. Pada awalnya, ramai yang menyangka mungkin juga kereta tersebut mengalami kerosakan dan terpaksa dipandu perlahan. Tetapi semuanya terjawab apabila pemilik video melihat notis yang ditampal pada bahagian belakang kereta tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan satu notis yang agak besar ditampal pada kereta tersebut. Berdasarkan notis yang ditulis itu, pemandu tersebut memberitahu dia terpaksa memandu perlahan kerana isterinya baru sahaja bersalin secara czer baru-baru ini.

@ninimunirah

Kasih sayang suami kepada isterinya 🥹 Nak beli kat mana macam ni ? 🥹

♬ tak ingin usai – nanaaa

“Maaf, bawak slow. Isteri baru lepas bersalin czer. TQ.”

Notis yang ditampalnya itu turut membuatkan ramai berasa terharu melihat sikap bertimbang rasa yang ditunjukkan suami tersebut. Malah mereka yang pernah bersalin secara czer turut memberitahu kepayahan dan kesakitan yang terpaksa mereka rasai semasa di dalam perjalanan pulang dari h0spital.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian di atas tindakan lelaki itu meletakkan notis tersebut. Ini bukan sahaja dapat melindungi isterinya malah pemandu lain juga dapat berhati-hati semasa memandu di belakang keretanya ini.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Kereta Dipandu Perlahan, Notis Yang Ditampal Pula Buat Ramai Terharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*