Gerakkan Wiper Kereta Manual Guna Tali, – “Baru Tahu Fungsi Orang Sebelah”

 

Salah satu komponen penting yang perlu ada pada kenderaan adalah wiper cermin. Ini berfungsi untuk mengelap air yang terpercik atau hujan supaya boleh lihat jalan dengan lebih jelas.

Tanpa wiper yang berfungsi dengan baik boleh merisikokan keselamatan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya yang lain. Apa yang lebih penting, bila cuaca pula sering hujan. Makanya penggunaan wiper sangat diperlukan pada waktu itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan dua lelaki menaiki sebuah kenderaan telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian itu dipaparkan gelagat dua lelaki tersebut yang sedang meredah hujan dengan kenderaan syarikat.

Ingatkan apa yang cuba mereka buat, rupanya si penumpang mengerakkan wiper kereta dinaiki mereka secara ‘manual’. Korang saksikan sendiri gelagat dua lelaki ini dalam perkongsian video berikut:

@epijelan

Ada yang merasa jugak ke 😅

♬ original sound – Fakhrul Hafiy – Fiyyo

Boleh pula wiper diikat dengan tali dan ditarik bergilir-gilir untuk mengerakkannya! Kreatif betul idea lelaki ini. Apa yang penting boleh nampak jalan di depan dan kenderaan lain.

Perkongsian rakaman lelaki gerakkan wiper kereta guna tali ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun epijelan. Rakaman lucu ini juga telah meraih lebih sejuta tontonan dan 82 ribu likes.

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka selepas menyaksikan gelagat lelaki gerakkan wiper kereta guna tali ini di ruangan komen seperti berikut:

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Gerakkan Wiper Kereta Manual Guna Tali, – “Baru Tahu Fungsi Orang Sebelah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*