Ako Mustapha Dik3j4rkan Ke H0spital, Ini Seb4bnya

 

AKTOR Ako Mustapha dikejarkan ke H0spital Kuala Lumpur (HKL) selepas disangka mengalami ser4ngan angin ahm4r pada pagi Khamis.

Isteri Ako, Kartina Shuaib memberitahu ketika bangun tidur, wajah suaminya kelihatan senget yang membuatkan dia segera menelefon ambulans untuk dibawa ke h0spital.

“Saya tidak tahu dia tidak mengambil ub4t kerana bertugas di luar kawasan sejak seminggu lalu. Apabila tiba di rumah pada pagi semalam (Khamis) saya lihat raut wajahnya berubah.

Kartina berkongsi keadaan Ako kini semakin stabil.

“Saya cadang pergi ke h0spital tetapi suami enggan. Selepas bangun tidur, mukanya pula menjadi senget dan saya terus menghubungi ambulans dan Ako terus dibawa ke HKL,” katanya ketika dihubungi mStar.

Bercakap lanjut mengenai keadaan Ako, 51, Kartina memberitahu dia berasa lega apabila doktor mengesahkan Ako bukan diser4ng angin ahmar.

Sebaliknya, ketiadaan insulin di dalam badannya menyebabkan saraf serta otot tidak dapat berfungsi sehingga menyebabkan wajahnya menjadi herot.

Menurut Kartina, Ako mula menghidap peny4kit di4betes sejak 2016 namun keadaannya ketika itu tidak serius sehinggalah baru-baru tahap kesihatannya kurang memberangsangkan.

Doktor yang memantau keadaannya turut mendapatkan sejarah kesihatan serta diet pemakanan bagi mengenal pasti punca berlakunya keadaan itu.

“Ako mula menghidap di4betes sejak 2016 namun hanya makan ub4t sekitar tiga tahun lalu. Awalnya tidak begitu tervk, cuma kebelakangan ini kesihatan dia menurun mungkin kerana sering terlepas makan ub4t.

“Doktor banyak bertanya tentang sejarah kesihatan dan pemakanannya sebelum ini bagi mencari punca mengapa kesihatannya tiba-tiba meros0t semalam,” ujarnya.

Sementara itu, selepas 24 jam mendapatkan r4watandi h0spital, Kartina memberitahu Ako semakin stabil namun masih di bawah pemantauan doktor di wad pengasingan di HKL.

Ako bersama isteri dan anak-anak.

Malah katanya, Ako sudah boleh bercakap berbanding keadaan ketika dia mula dibawa ke h0spital.

“Syukur dia sekarang sudah stabil dan boleh bercakap. Sekarang masih di wad pengasingan untuk pemantauan. Saya sendiri tidak boleh melawat,” ujarnya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Mstar

 

Be the first to comment on "Ako Mustapha Dik3j4rkan Ke H0spital, Ini Seb4bnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*