WanChai betul2-betul makan di Sepahtu Reunion Live, – “Berbaloi invite depa…”

Sahabat baik kepada Ryan Bakery, WanChai juga hangat menjadi ‘buah mulut’ penonton rancangan popular, Sepahtu Reunion Live. Umum diketahui, kedua-duanya merupakan selebriti TikTok yang tidak kering gusi netizen menonton mereka jika bergandingan dalam live di platform tersebut.

Ternyata kemunculan Ryan Bakery dan WanChai pada malam tadi di Sepahtu Reunion Live dalam bergabung dengan kumpulan pelawak terkenal, Sepahtu juga berhasil membuatkan peminat mereka sekali lagi terhibur.

@sepahtureunionlive Thank you @ryanbakery @wanchai_31 datang meriahkan Sepahtu Reunion Live malam ni. #sepahtureunionlive2022 #jepsepahtu #rahimsepahtu #pakyasepahtu #ebbyyus #airmellow #ryanbakery #wanchai ♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) – Meli Dedi

Namun begitu, tidak hanya Ryan Bakery yang dipuji netizen dengan lawaknya pada malam tadi malah WanChai juga sama naik menghiburkan penonton di kaca televisyen. Netizen bagaimanapun memuji lawak spontan mereka di Sepahtu Reunion Live sehingga mengatakan sangat berbaloi pihak rancangan tersebut menjemput mereka.

Dalam satu kejadian lucu lakonan WanChai ini pula mengundang dekah buat penonton apabila dia dengan bersungguh-sungguh makan burger pada malam tadi sehingga ditegur lucu oleh Jep Sepahtu.

@boss_terachi #wanchai #ryanbakery #fyp #sepahtureunionlive ♬ bunyi asal – BosSTeracHi

Video pendek dimuat naik oleh pemilik akaun, boss_terachi itu menjadi tular kerana gelagat WanChai yang hanya sekadar makan sahaja sudah memeriahkan suasana.

Bagi penonton juga, WanChai sangat pandai mengambil peluang untuk hiburkan penonton dan meskipun tidak perlu membuka mulut atau berdialog pun sudah cukup membuatkan netizen gelak besar gara-garanya.

“WanChai buat hal”

Wanchai

“WanChai best ar…”

Wanchai

“Tak banyak dialog, aku dekah tengok WanChai…”

IMG_20220805_093914

“WanChai ni jenis takyah bukak mulut…”

IMG_20220805_093926

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "WanChai betul2-betul makan di Sepahtu Reunion Live, – “Berbaloi invite depa…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*