[VIDEO]“Banyak Nyamuk & Ul4r”- Ebit Lew Seb4k Lihat 2 Beradik Tinggal Bawah Jambatan

Pend4kwah bebas Ebit Lew terbang ke Kelantan untuk membantu dua beradik yang sudah dua bulan tinggal di bawah sebuah jambatan di Bachok.

Ebit memberitahu dia mengalirkan air mata bila mengenangkan nasib mereka yang ditimpa ujian sebegitu.

“Saya terbang pagi ni (semalam) ke Kelantan ziarah 2 beradik ni yang dah 2 bulan duduk bawah jambatan.

Makan, tidur semuanya dibawah jambatan di Bachok.

“Seorang adik jaga abangnya yang tekanan dan gangguan emosi.

Kasihan tengok mereka. Menangis melihat anak muda ditimpa ujian begini,” katanya. Ebit berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri itu dia memuat naik video saat menziarahi dua lelaki itu. Difahamkan, pemuda berusia 27 dan 25 tahun yang memilih untuk hidup berdikari di bawah jambatan itu pernah tular apabila bapanya bernikah lain setelah pem3rgian ibu tersayang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Difahamkan abangnya mempunyai masalah kesihatan ment4l. Ebit yang tidak keseorang ditemani Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi-agensi bukan kerajaan lain (NGO) datang menghulurkan bantuan.

“Termenung diam je abangnya. Tadi bersama JKM dan NGO tempatan.Berat ujian adik ni. Kadang kita   tak terfikir kenapa tidur bawah jambatan.Banyak nyamuk dan ular” katanya.

Komen Netizen:

“Adik ni tak sabar nak bekerja cuma mengenangkan abangnya. Abang ni dibawa dibawa dapatkan rawatan.

“Semoga adik beradik ni diberi sihat dan kekuatan dalam meneruskan kehidupan dan melalui ujian ini dengar sabar,” katanya lagi.

Sumber : https://gempak.com/

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : sinarviral.com

Be the first to comment on "[VIDEO]“Banyak Nyamuk & Ul4r”- Ebit Lew Seb4k Lihat 2 Beradik Tinggal Bawah Jambatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*