“Nasib baik tak terg0l3k”… Tind4kan pantas penari s3lam4tkan Aina Abdul

INSIDEN terjatuh ketika membuat persembahan di Melaka pada malam Jumaat menjadi kenangan tidak boleh dilupakan buat penyanyi berbakat besar, Aina Abdul.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 29, berkata, kejadian itu bukanlah sesuatu yang memalukan sebaliknya ia membuatkan dirinya tertawa apabila mengenang kembali perkara itu.

“Alhamdulillah persembahan berjalan lancar di hari pertama. Walaupun terjatuh di atas pentas, itu bukan satu yang boleh dibanggakan tetapi ia buat Aina tergelak.

“Perkara itu kelakar apabila diingatkan semula tetapi saya ketawa bukan kerana malu,” katanya.

Dua penari pengiring membantu Aina yang jatuh selepas menuruni beberapa anak tangga ketika membuat persembahan.

Pun begitu, Aina bersyukur persembahan bersempena program Magic of The Night, Sungai Melaka itu berjalan lancar dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bercerita mengenai insiden itu, Aina berkata, dia bernasib baik kerana dua penari segera membantunya selepas gagal mengimbangkan badan ketika menuruni lapan anak tangga dengan memakai kasut tumit tinggi.

Jika tidak kerana mereka kata Aina, dia mungkin sudah tersungkur serta mengalami kecederaan.

Aina kelihatan anggun mengenakan pakaian tradisional Melayu sekali gus pertama kali muncul dalam persalinan begitu untuk membuat persembahan.

“Terima kasih kepada penari yang sambut Aina dengan cepat.

“Kalau tidak memang Aina akan teruskan sahaja nyanyian sambil duduk atau tidak memakai kasut di atas pentas,” katanya.

Sementara itu, Aina memberitahu akan membuat kemunculan pada persembahan malam kedua pada acara itu pada malam Sabtu.

Program Magic of The Night 2022 dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka itu berlangsung pada 5 hingga 7 Ogos di Bandar Hilir Melaka.

 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "“Nasib baik tak terg0l3k”… Tind4kan pantas penari s3lam4tkan Aina Abdul"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*