Ditegur Netizen Selepas Azal “Melamar” Neera Azizi Sebagai Isteri, Zarina Zainuddin Beri Penjelasan!

 

Pelakon, Zarina Zainuddin tampil memberikan penjelasan selepas mendapat teguran oleh netizen di media sosial selepas berkongsi video anak lelakinya yang menghidap autisme, Azal sedang “melamar” pelakon jelita, Neera Azizi sebagai isteri.

“Azal Melamar Si Putih Melepak..”

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, dapat dilihat Azal sedang menyarungkan cincin di jari Neera sambil diperhatikan oleh pelakon itu dan kru produksi sambil ketawa melihat gelagat Azal.

“Azal melamar si putih melepak katanya @neeraazizi Sudikah awak menjadi isteri saya 😀. Siapa setuju angkat tangan.”-Tulis Zarina

Ditegur Netizen

Walaubagaimanapun, hantaran Zarina itu telah mendapat teguran dari netizen yang berpendapat mereka yang menghidap autisme juga mempunyai hati dan perasaan, dan mereka tidak seharusnya diberikan harapan palsu.

“I ada anak autism jugak. Dan saya tak setuju dengan ini. Anak autism pun ada hati dan perasaan. Jangan beri mereka harapan palsu. Anda mungkin rasa benda ni macam takde apa. Tapi itu bagi you. Tapi besar maknanya bagi anak autism.”

“Dia nampak seius, jangan buat dia kecewa.”

“Sweet..Tapi risau. kot-kot Azal serius ❤️.”

Beri Penjelasan

Zarina kemudian tampil memberikan penjelasan bahawa anak lelakinya itu hanya berlatih untuk berlakon, dan menegaskan bahawa dia lebih mengenali diri anak lelakinya itu.

“Apa lah korang dia practice berlakon jer. Macam-macam andaian korang buat. Korang ni memang senang terhibur ke atau senang mengecam.

Suka hati korang lah saya lebih kenal. Anak saya hari-hari dia berkepit dengan saya.”-Jelas Zarina

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : murai.my

Be the first to comment on "Ditegur Netizen Selepas Azal “Melamar” Neera Azizi Sebagai Isteri, Zarina Zainuddin Beri Penjelasan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*