Oyen Buat Hal Jadi ‘CCTV’ Di Siling Rumah, – “Dunia Luas Yen. Kat Situ Jugak Ko Main”

 

Buat pecinta haiwan, gelagat kucing yang nakal sering membuatkan mereka geli hati. Lebih-lebih lagi jika kucing itu berwarna oren yang sering diberi nama Si Oyen.

Lihat sahaja pelbagai rakaman mengenai Si Oyen yang dimuat naik di sosial media. Pastinya cukup menghiburkan dan membuat ramai geli hati.

Salah satu perkongsian rakaman baru-baru ini dipaparkan Si Oyen seakan mengintai dari sebuah lubang di atas siling rumah. Lubang tersebut adalah untuk diletakkan mentol lampu.

Tapi sebenarnya Si Oyen tersangkut di lubang lampu tersebut! Korang saksikan sendiri rakaman hasil dari kenakalan Si Oyen yang dimuat naik menerusi satu akaun TikTok dengan nama red.burn ini:

@red.burn kucing oren jarang tak problem #randy #kucing #kucingoren #cat #catsoftiktok ♬ Che La Luna – Louis Prima

Kan dah tak pasal-pasal kena orang tolong Si Oyen turun dari lubang itu! Entah bagaimanalah si comel ini boleh naik ke atas dan tersangkut di situ.

Tapi melihatkan rakaman Si Oyen buat hal sampai tersangkut dalam lubang lampu siling ini macam lawak pun ada! Dah macam CCTV pula jadinya nampak dia ada di atas situ.

Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 784 ribu tontonan dan 86 ribu likes. Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan tidak pelik bila nampak Si Oyen buat hal begini. Ini kerana Si Oyen memang cukup terkenal dengan kenakalannya.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen ini:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Oyen Buat Hal Jadi ‘CCTV’ Di Siling Rumah, – “Dunia Luas Yen. Kat Situ Jugak Ko Main”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*