“Kita Pasti Akan Diuji” –Ini Doa Azhar Sulaiman Untuk Mizz Nina & Noh Salleh

 

Umum sedia maklum tentang perkhabaran berita mengejutkan mengenai perpisahan yang terjadi antara Mizz Nina dan bekas suaminya Noh Salleh baru-baru ini.

Pasangan selebriti ini berpisah secara baik dan mengumumkan hal tersebut menerusi akaun media sosial masing-masing. Mendapat perkhabaran berita tersebut, ramai rakan artis dan peminat menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat Mizz Nina dan Noh Salleh di media sosial.

Harap Dapat Ruvjuk Semuvl4

Seperti selebriti yang lain, pelakon Azhar Sulaiman juga menitipkan ucapan dan doa menerusi hantaran Instagram dan berharap agar Mizz Nina dan Noh Salleh dapat rujuk kembali.

“Setiap dari kita pasti akan diuji dengan pelbagai duga4ndalam hidup ini.. Sebagai rakan arts mereka, mami hanya ingin mendoakan agar mereka akan rujuk dan kembali bersatu.. Amin.”  coretnya

via Instagram Azhar Sulaiman

Melihat perkongsian Azhar itu, rata-rata warganet turut mengaminkan doa pelakon tersebut buat Mizz Nina dan Noh Salleh dengan harapan mereka dapat kembali bersatu semula.

“Aamin”

“Allahumma aamin”

“Amin ya rabbal alamin” titip warganet

via Instagram Azhar Sulaiman

Terdahulu, Murai melaporkan selebriti terkenal tanah air Mizz Nina dan Noh Salleh sah berpisah setelah 11 tahun membina mahligai bersama.

Hasil perkongsian hidup Nina dan Noh tidak memiliki cahaya mata sendiri, namun mengambil seorang bayi lelaki sebagai anak angkat yang diberi nama Musa.

Apa-apa pun, kami mendoakan yang terbaik buat Mizz Nina dan Noh Salleh!

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : murai.my

Be the first to comment on "“Kita Pasti Akan Diuji” –Ini Doa Azhar Sulaiman Untuk Mizz Nina & Noh Salleh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*