Jangan Seronok Sangat Uvsik Anak Kecil Guna Trend Vide3o ‘Menglla4i’, Netizen Setuju Teguran Pemuda Ini!

Apa sahaja trend yang dimuat naik di laman sosial terutamanya Tiktok, pasti akan jadi viral dan diikuti ramai. Misalnya baru-baru ini telah tular satu trend mainkan video mengilai menjadi pilihan orang ramai untuk menakutkan orang lain.

Jika anda perasan, bukan hanya menakutkan sesama orang dewasa, malah ada juga segelintir ibu bapa menakutkan anak-anak dengan trend ini untuk melihat reaksi mereka. Tapi, sedar tak ibu bapa sekalian bahawa perkara itu sebenarnya mampu memberikan kesan terhadap mereka?

Tampil beri teguran di laman Tiktok miliknya sendiri, seorang pegawai perub4tan yang memegang akaun the.dressar menggesa agar orang ramai berhenti membuat trend tersebut. Hal itu kerana perkara tersebut dapat mengganggu perkembangan psikologi anak-anak yang sepatutnya dibentuk dengan baik sejak kecil. Lebih buruk lagi, ia juga mampu tinggalkan perasaan trauma dalam fikiran mereka.

@the.dressar

Perkembangan psikologi mental kanak-kanak jangan buat main. Boleh tinggalkan trauma pada mental dan diri mereka. Tolong ambil peduli.

♬ ghost’s crying – V.A.

Malah tambahnya, walaupun mungkin ada yang pandang trend ini hanya satu gurauan, tetapi perasaan takut itu sebenarnya mampu kekal sehingga kanak-kanak tersbeut meningkat dewasa sekaligus mengganggu keyakinan diri mereka. Bagaimanapun, si pemilik akaun turut berharap agar ibu bapa mengambil peduli akan 1su ini dan jadikan ia sebagai satu pengajaran.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan orang ramai bersetuju dengan pendapat pemuda ini. Malah, ada juga yang meminta untuk orang ramai hentikan trend ini agar anak-anak mampu membesar dengan baik.

Sumber : @the.dressar

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment on "Jangan Seronok Sangat Uvsik Anak Kecil Guna Trend Vide3o ‘Menglla4i’, Netizen Setuju Teguran Pemuda Ini!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*