Eyka Farhana Dikatakan Iras Amyra Rosli, “Pretty Nau Pakai Sopan Jer”

Sejak dari dulu lagi d4kwaan mengenai dalam dunia ini ada 7 orang miliki wajah seiras cukup popular. Katanya memang tidak pelik jika kita terjumpa orang yang memiliki muka hampir sama biarpun tiada sebarang pertalian kekeluargaan.

Malah di Malaysia sendiri ada yang berpendapat beberapa selebriti terkenal memiliki wajah seiras. Sama dengan satu perkongsian rakaman ini. Wajah seiras yang dikatakan itu adalah pelakon Eyka Farhana menerusi satu perkongsian video baru-baru ini.

Dalam rakaman tersebut kelihatan Eyka Farhana yang sebelum ini tidak bertudung tampil berhijab. Disebabkan itu Eyka Farhana dikatakan iras Amyra Rosli dalam rakaman tersebut.

Melihatan video itu Eyka Farhana memang nampak ayu dan sopan sungguh! Berikut adalah perkongsian rakaman yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Misseykaf ini:

@misseykaf

🫠

♬ RimasFabulousCat – 🇸🇬𝟔αтєям.ραвℓσ𝟗🇲🇾

Biarpun hanyalah video miming, namun riak muka pelakon wanita ini nampak berbeza sungguh. Perkongsian rakaman Eyka Farhana dikatakan iras Amyra Rosli ini telah meraih lebih 700 ribu tontonan dan 72 ribu likes.

Untuk info, Amyra Rosli yang diperkatakan ramai itu adalah seorang pelakon wanita dan juga isteri kepada Amar Bahrain. Penampilannya sejak berhijab beberapa tahun lalu turut menjadi perhatian ramai.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Eyka Farhana Dikatakan Iras Amyra Rosli, “Pretty Nau Pakai Sopan Jer”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*