“Terdiam”- Jep ‘terkena’ dengan penonton Sepahtu Reunion sampai disorak peminat

Sebut sahaja nama Jep Sepahtu, ramai yang tidak kering gusi apabila dia mengeluarkan suaranya apatah lagi jika dia membuat punchline, memang terhiburlah peminat dan netizen.

Malah kini setiap minggu Jep Sepahtu viral kerana perangai lucunya dalam rancangan lawak yang semakin menjadi perhatian penonton berjudul, Sepahtu Reunion Live 2022. Meskipun rancangan ini telah ditayangkan sekian lamanya namun pada tahun ini, lawak Jep semakin mengundang tawa buat penonton.

Seperti yang diketahui, rancangan Sepahtu Reunion Live 2022 ditayangkan pada setiap Khamis jam 9 malam di Astro Warna. Namun begitu, selain persembahan sebenar rupa-rupanya penonton di studio rancangan tersebut sudah terlebih dahulu terhibur melayan karenah lucu Jep Sepahtu.

Melalui muat naik seorang pengguna platform, TikTok ini berkongsikan satu rakaman berdurasi 34 saat yang cukup menghiburkan netizen juga kerana Jep Sepahtu dilihat ‘terkena’ dengan salah seorang penonton. Individu dari Brunei ini yang mendapat kesempatan menonton Sepahtu Reunion Live di studio tersebut bagaimanapun mencuit hati Jep dan netizen kerana punchline tidak disangka-sangkakan.

@skyjuicez84 Penonton dari Brunei sorang ni dia punya punchline… bergetar bibir @jeptapan 🤣🤣🤣 #sepahtureunionlive2022 #sepahtu #jeptapan #rahimr2 #pakyasepahtu #rwyfb ♬ Original Sound – Unknown

“Penonton dari Brunei sorang ni dia punya punchline, bergetar bibir Jep” tulis pemilik akaun skyjuicez84 tersebut berkongsikan suasana lucu Jep ‘terkena’ ketika disebalik tabir rancangan Sepahtu Reunion Live itu berlangsung.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "“Terdiam”- Jep ‘terkena’ dengan penonton Sepahtu Reunion sampai disorak peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*