T4k M4hu Jaga Sebab Str0.0k, Suami ‘Bvang’ Isteri D4lam Hut4n

Ditinggalkan 3 hari dalam hutan

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di Cikampek, Jawa Barat, Indonesia itu menjadi perbualan hangat netizen selepas dimuat naik oleh seorang pengguna.

“Siapa yang mengenali wanita ini, sila hubungi keluarganya. Katanya dah 3 hari ditinggalkan di dalam hutan oleh suaminya sendiri.”

Hasil maklumat daripada penduduk di sekitar sana, wanita yang ditemui di dalam hutan itu bernama Ikah berusia 50 tahun dan merupakan warga Desa Lewo di Kabupaten Garut, Jawa Barat.

Menurut Ketua Kampung Lewa Wetan, Nova Wylian mengesahkan bahawa wanita terbabit pernah menjadi penduduk kampung itu, bagaimanapun dia telah berpindah ke Cianjur bersama suaminya.

Lebih menyedihkan lagi apabila punca wanita berkenaan ditinggalkan di dalam hutan adalah disebabkan suaminya enggan menjaganya lagi selepas diserang strok.

Ujarnya lagi, selepas ditemui, Ikah telah dibawa ke hospital di kawasan Karawang untuk pemeriksaan selanjutnya. Walau bagaimanapun, ahli keluarga wanita terbabit sudah ambil maklum berhubung perkara itu dan telah menjemputnya pulang bersama.

 

Sumber : Ohbulan

Be the first to comment on "T4k M4hu Jaga Sebab Str0.0k, Suami ‘Bvang’ Isteri D4lam Hut4n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*