Gelagat Fatima dengan Fattah Amin Buatkan Ramai Cair, – “Anak daddy”

 

Pasangan pelakon popular, Fattah Amin dan Fazura kini semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka yang diberi nama, Nur Fatima Aisya atau sering dipanggil Fatima. Puteri sulung mereka ini juga sudah membesar berusia lebih setahun.

Meskipun Nur Fatima Aisya tidak mempunyai media sosial sedari kecil namun Fazura mahupun Fattah Amin ada berkongsikan perkembangannya serba sedikit kepada umum. Malah terbaharu pula, gelagat Fatima bersama Fattah Amin ini membuatkan ramai seronok dan tumpang gembira melihat mereka.

@admintudungfazurabyaini Daddy’s girl #fatima #nyamma #fattzura #fazzura #fattah ♬ Dj Sikok Bagi Duo Viral Tik Tok – DJ AZKA

Fatima bagaimanapun sering dilihat begitu manja dengan Fattah Amin. Melihatkan pula muat naik gelagat Fattah Amin meluangkan masa dengan puteri kesayangannya itu, peminat pula ‘cair’. Bukan hanya seronok melihatkan kecomelan Fatima malah senyuman dua beranak tersebut yang bahagia turut mendapat perhatian warganet.

Pun begitu selain gembira, warganet juga tertarik dengan muat naik Fatima yang menangis disaat Fattah Amin meninggalkannya kerana kerja membuatkan peminat berkata Fatima merupakan anak daddy.

@admintudungfazurabyaini Anak dara#fattahamin nangis doh… #fatima #fazura ♬ Buah Hati – Armada

Muat naik video-video tersebut turut menjadi perbualan pengguna platform TikTok apabila dapat mengetahui perkembangan satu-satunya anak pasangan selebriti terkenal itu dimana ruangan komen juga dihujani dengan ratusan reaksi dan dalam pada masa sama hantaran tersebut meraih ribuan tanda suka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Gelagat Fatima dengan Fattah Amin Buatkan Ramai Cair, – “Anak daddy”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*