Gelagat Rider GrabFood Di Lampu Isyarat Buatkan Ramai Terhibur

Kadangkala tentu ada masa yang membuatkan kita cuba mengembirakan diri. Cubaan seorang abang GrabFood yang sporting ini pula mencetuskan bukan dirinya sahaja gembira malah yang sempat melihat gelagatnya turut sama tercuit hati.

Seorang pengguna platform, TikTok bagaimanapun dilihat sempat merakamkan suasana di lampu isyarat dan kelihatannya terdapat momen yang secara rawak dirakamnya lalu dikongsikan kepada umum melalui akaunnya.

Namun begitu, tidak semena-mena warga TikTok juga gelak besar dengan momen yang sempat dirakamkan itu apabila memaparkan seorang abang GrabFood yang begitu sempoi. Mana tidaknya, dalam kesibukan banyak kereta sedang menunggu lampu isyarat, dia pula menghiburkan ramai dengan telatah lucunya.

Ini kerana, abang GrabFood ini dilihat cuba menaiki motornya dengan penuh gaya. Disaat cuba mengangkat kakinya, lain pula yang jadi mencetuskan warganet gelak besar kerana gagal untuk menaiki motor dengan penuh gaya. Rata-rata pengguna, TikTok bagaimanapun hadir di perkongsian ini kerana terhibur melihatkan gelagat sporting lelaki ini.

@icelatte_1 This too random HAHAHAHHAHAHA 😂 #grabfood #fyp ♬ original sound – عام

Video dikongsikan oleh pemilik akaun atas nama, icelatte_1 tersebut ternyata mengundang gelak besar warganet yang sangat terhibur melihatkan pengakhiran nasib abang GrabFood itu yang mana lain pula jadinya sehinggakan ruangan komen pula rata-ratanya meninggalkan ribuan reaksi lucu.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Gelagat Rider GrabFood Di Lampu Isyarat Buatkan Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*