Anak dituvdvh sk4ndal suami or4ng… Azhar Sulaiman engg4n ambil tind4kan, minta Azira dap4tkan bantuvan

PELAKON Azhar Sulaiman enggan mengambil sebarang tindakan saman susulan tuduhan seorang wanita mendakwa suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan anaknya iaitu Kasih Iris Leona.

Memberi komen di Instagram mStar, Azhar, 51, memberitahu dia merasakan wanita yang dikenali sebagai Nur Azira Osman Said itu mempunyai masalah peribadi dan perlu mendapatkan bantuan.

“Apa pun saya tidak akan mengambil sebarang tindakan dalam hal ini kerana merasa kesian terhadap Nor Azira.

“Saya rasa dia tidak cerdik sangat. Jadi tak best nak saman dan makan duit orang macam ini.

Leona dituduh jalin hubungan sulit dengan suami orang.

“Saya rasa dia perlu mendapatkan bantuan,” katanya.

Terdahulu Leona berkongsi paparan komen Azira di laman sosial miliknya yang mendakwa suaminya telah memberi wang sebanyak RM3,000 secara bulanan kepadanya sepanjang mereka berkenalan.

Dalam kenyataan panjang lebar itu, Azira meminta supaya mengembalikan semua wang tersebut dan mengugut untuk membuat laporan polis sekiranya Azhar tidak berbuat demikian.

Wanita tersebut membuat dakwaan itu secara terang-terangan menerusi ruangan komen di laman Instagram milik Azhar dan meminta aktor itu bertanggungjawab terhadap tindakan Leona cuba merampas suaminya.

Azhar turut menghubungi Azira menerusi WhatsApp bagi meminta bukti segala tuduhan tersebut.

Wanita itu memberitahu dia mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan Leona gara-gara lelaki itu membuat ciapan semula (retweet) satu status dimuat naik Leona sebelum ini.

Azhar turut menghubungi Azira untuk mendapatkan bukti atas segala tuduhan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, Leona menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya

“Saya hanya mahu katakan ia 100 peratus tidak benar. Saya tidak pernah keluar atau berjumpa dengan suami orang lain.

“Ibu bapa saya tahu dan mempercayai saya,” ujarnya.

 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Anak dituvdvh sk4ndal suami or4ng… Azhar Sulaiman engg4n ambil tind4kan, minta Azira dap4tkan bantuvan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*