Rubik cube bukanlah satu permainan yang mudah dan tentu ramai sedia tahu untuk menyusun setiap warna rubik cube itu memerlukan seseorang perlu bertahan untuk menyelesaikannya.
Seorang lelaki bagaimanapun sekali lagi tular menjadi tumpuan netizen disebabkan bakatnya dalam permainan rubik cube cukup hebat menyebabkan ramai tergamam kerana dia boleh mengubah kepada potret seseorang.

Menyusun warna rubik rube satu persatu bukanlah mudah namun melihatkan bakat lelaki ini mencetuskan ramai warganet kagum malah cukup tertarik dengan beberapa koleksi potret seseorang yang telah dilakukannya sebelum ini.
Terbaharu, potret pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sari Yanti pula membuatkan lelaki ini sekali lagi menjadi perhatian ribuan pengguna platform TikTok.
Dari Johor ke Kuala Lumpur, Niat di hati menabur bakti, Orang hebat tak riak tak takbur, jasa baik dipamer di hati š¹
Pemilik akaun atas nama zablihadi itu nampaknya membuatkan ribuan netizen sekali lagi hadir dengan pantas di muat naiknya itu. Manakala pelakon, Sari Yanti juga tertarik dengan hasil potret wajahnya dan Jep dalam versi rubik cube tersebut.
Melalui Instagram Story, Sari Yanti berkongsikan video lelaki tersebut dan meninggalkan reaksinya yang menepuk tangan kagum melihatkan bakatnya itu.
Individu berkenaan juga sempat menjawab beberapa pertanyaan netizen yang selain kagum dengan bakatnya, ada juga yang mahu membuat tempahan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Ā
Jom Like Page Kami Juga Di FacebookĀ Berita Stedy Media
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Hasilkan Potret Guna Kiub Rubik, Bakat Lelaki Ini Buat Ramai Kagum"