Isteri Terlangg4r Pembahagi Jalan, Bumper Terc4lar. Cara Kreatif Suami ‘Baiki’ Kes4n C4lar

 

Walaupun sudah memandu dengan berhati-hati, ada masanya kita tidak dapat mengelakkan diri daripada kem4langan kecil yang menyebabkan kerosakan pada kereta. Sama macam situasi yang dikongsikan pemilik video ini apabila kereta kepunyaannya itu tersagat gara-gara si isteri yang terlanggar pembahagi jalan.

Selalunya pelanggaran seperti ini pasti akan meninggalkan kesan pada kereta membuatkan ramai yang berasa sedih melihatnya. Namun lelaki ini tampil dengan satu idea kreatif di mana dia hanya menggunakan satu sticker atau pelekat kereta untuk menyembunyikannya.

Perkongsian video itu juga tular dan menerima lebih dua juta tontonan setakat ini. Menerusi video yang dikongsikan itu, pemilik video menunjukkan keadaan keretanya yang mempunyai kesan sagat akibat daripada perlanggaran yang berlaku.

@rmustaqeim

Tak perasan katanya 🙄

♬ original sound – JESBON76

Apa yang menarik perhatian ramai ialah lelaki itu kemudian menggunakan pelekat bergambar kucing untuk menutup kesan sagat pada kereta itu. Sebaik sahaja ianya ditampal, kesan sagat tersebut kelihatan seperti kesan cakar daripada pelekat kucing itu sendiri.

Walaupun ia tidak dapat menyembunyikan kesan sagat tersebut, pelekat yang ditampal itu berjaya membuatkan ianya kelihatan seperti corak daripada pelekat itu sendiri. Netizen juga turut sama berasa terhibur melihat hasil transformasi yang berjaya dilakukan itu.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut memuji idea kreatif yang digunakan oleh lelaki itu. Malah ada yang berselor0h ingin menggunakan cara yang sama bagi mengaburi mata pasangan mereka dengan menutup kesan sagat pada kereta.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Isteri Terlangg4r Pembahagi Jalan, Bumper Terc4lar. Cara Kreatif Suami ‘Baiki’ Kes4n C4lar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*