“Saya Takkan Nyanyi Lagu Lama!” – Zizi Kirana Mahu Pelihara Imej Muslimah

Penyanyi lagu hit berjudul Eh iaitu Zizi Kirana menetapkan pendiriannya untuk tidak akan menyanyikan karya-karya terdahulu jika diminta oleh sesiapa.

Zizi menegaskan,lirik-lirik dalam lagu lama yang bertentangan dengan imej muslimahnya adalah tidak relevan untuk dinyanyikan pada masa sekarang.

“Tidaklah semua tetapi kebanyakan lagu-lagu sebelum ini saya tidak akan nyanyikan secara terbuka.

“Misalnya lagu Siapa Yang Bap Bap dan Nak Ke Tak Nak.

“Ini kerana terdapat beberapa lirik hanya sesuai dinyanyikan ketika saya belum menutup aurat dahulu,” ujarnya memberi penegasan.

Justeru dia yang terlibat dalam penganjuran Faztival Fazura berharap agar pihak penganjur dapat memahami pendiriannya andai ingin mengundangnya menyanyi.

 

 

 

Sumber: Boom! Malaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: viralkamipress

Be the first to comment on "“Saya Takkan Nyanyi Lagu Lama!” – Zizi Kirana Mahu Pelihara Imej Muslimah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*