Dialog Fad dalam Muzikal Lawak Superstar 3 terima tepukan, ramai boleh ‘relate’ dengan situasi semasa

 

Muzikal Lawak Superstar baru-baru ini telah menemui peminat dalam musim ketiga yang disertai oleh pelawak-pelawak hebat yang saban minggu menghiburkan penonton menerusi siaran Astro Warna manakala panel juri pula adalah Datuk Awie yang juga merupakan ketua juri pada musim ini, Siti Saleha dan Najip Ali.

Edisi 2022 ini boleh dikatakan tidak kering gusi penonton menyaksikan lawak-lawak yang disampaikan oleh peserta dan kumpulan Ubi juga antara yang bertanding mendapat perhatian penonton dan juri sejak minggu pertama. Kumpulan Ubi merupakan gandingan Fad Bocey, Sharif Zero dan personaliti media sosial, Namie Smy.

Persembahan mereka baru-baru ini juga menjadi perbualan netizen di media sosial apabila Fad menjayakan watak sebagai Genji Indonesia, Sharif sebagai nelayan dan Namie pula memainkan karakter samseng junior bersuara Sunio. Seperti biasa, dialog percakapan mereka tentu membuatkan penonton tertawa.

Walau bagaimanapun, selain terhibur dialog yang dilontar Fad dalam memainkan karakter sebagai Genji Indonesia juga menerima tepukan gemuruh oleh penonton apabila sedikit sebanyak tegurannya mengenai kemampuan menyanyi mendapat perhatian ramai.

@boss_terachi #ubi #maharajalawakmuzikal #xwyzabc ♬ bunyi asal – BosSTeracHi

Video pendek dikongsikan itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi oleh netizen disamping dialog Fad dalam Maharaja Lawak Superstar musim ketiga minggu lalu itu menjadi bualan.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Dialog Fad dalam Muzikal Lawak Superstar 3 terima tepukan, ramai boleh ‘relate’ dengan situasi semasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*