“Saya Jalankan Hidup Macam Biasa Walaupun…,” – Siti Nordiana

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mend3dahkan dia menerima keputusan yang diputuskan oleh m4hkamah Tinggi pada Jumaat yang menolak permohonan dua individu untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan bintang tersebut, Julai tahun lalu.

Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, bagaimanapun belum boleh memberikan komen secara terperinci kerana proses selanjutnya masih berjalan.

“Keputusan tersebut saya terima semalam (Jumaat) daripada peguam saya. Ini adalah keputusan pertama dan saya difahamkan masih ada lagi beberapa permohonan lain daripada pihak sana.

“Yang pertama ini sudah dapat jawapan, ditolak. Keputusan yang diputuskan m4hkamah, itulah dia. Apa pun saya serahkan segalanya kepada prosedur perundangan,” katanya.

Nana berkata demikian ketika ditemui ketika siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL yang berlangsung di Paradigm Mall, Johor Bahru, pada Sabtu.

Ditanya perkembangan dirinya susulan k3sm4hkamah yang masih berjalan, Nana akui dia memilih untuk meneruskan kehidupan seperti sebelumnya.

“Saya jalankan hidup macam biasa. Walaupun mungkin proses ini ambil masa yang lama, tapi tak mengapa, saya okay saja. Hidup dengan cara sendiri.

“Kalau dipanggil untuk perlu hadir ke m4hkamah, saya akan hadir. Begitulah, ” katanya lagi.

Terdahulu media melaporkan, m4hkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan dua individu untuk membatalkan saman yang difailkan Nana terhadap mereka, berhubung d4kwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.

Dua individu itu ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 44, dan jurusolek artis bebas Razidah Ahmad Senusi, 43.

Perkara itu dimaklumkan peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang mewakili Nana selaku plaintif selepas prosiding k3ssecara dalam talian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr. John Lee Kien How @ Mohd.Johan Lee.

Menurut peguam itu, m4hkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan tersebut membayar kos RM3,000 kepada Siti Nordiana.

“m4hkamah menolak permohonan itu atas alasan antaranya terdapat asas fitnah dalam pernyataan tuntutan plaintif. Tarikh 27 September ini ditetapkan untuk pengurusan kes, seterusnya,” kata peguam tersebut yang dipetik.

Terdahulu Sam Musyadzafar dan Razidah masing-masing merupakan defendan keempat dan kelima telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut pada 24 Januari lalu.

Pada prosiding sama, Sam Musyadzafar diwakili peguam Zeti Zulfah Zulkifli @ Hassan manakala Razidah diwakili Muhammad Aliff Haiqal Roslan.

Selain kedua-dua defendan itu, Siti Nordiana turut menyaman Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, isterinya Nur Sheila Hassim, 36, dan Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali sebagai Syura, selaku defendan pertama sehingga ketiga.

Menerusi pernyataan tuntutan yang difailkan pada 30 Julai 2021, Siti Nordiana mend4kwa pada 20 Julai tahun lepas kira-kira 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing telah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "“Saya Jalankan Hidup Macam Biasa Walaupun…,” – Siti Nordiana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*