Dilihat menangis, ramai yang turut simpati dengan Neelofa

 

Sejak akhir-akhir ini usahawan dan selebriti, Neelofa menjadi perbualan di media sosial berikutan terpalit beberapa 1su yang membabitkan perniagaan inainya, Nunha yang mana isteri Haris Ismail atau turut dikenali sebagai PU Riz ini mendapat pelbagai pandangan ramai.

Meskipun menerima kritikan namun Neelofa tetap menerima sokongan ramai. Satu perkongsian terbaharu di platform TikTok ini pula membuatkan ada netizen yang turut merasa sedih melihatkan kecaman diterima selebriti ini selepas melancarkan inai Nunha.

Menerusi satu muat naik, Neelofa dilihat pertama kali menangis dan mengundang rasa sedih peminat kerana dia jarang dilihat menitiskan air mata. Melalui rakaman berdurasi 30 saat ini difahamkan, Neelofa bersama keluarga Nunha.

Namun begitu, Neelofa yang dilihat menangis dan beberapa kali mengesat air matanya ini membuatkan dia menjadi tumpuan ribuan warganet di platform TikTok manakala turut tular.

@partner.nunha Jarang sangat nampak seorang @neelofa yg sgt tabah menitiskan air mata 😢❤️ niat dia hanyalah nak bantu ramai sebangsa seagama cari rezeki sedangkan dia blh saja jual secara retail. Bangkit lah reseller2 #innainunha #nunha ❤️🤲🏻 #neelofa ♬ Hal Hebat – Govinda X Ernie Zakri

“Jarang sangat nampak seorang Neelofa yang sangat tabah menitiskan air mata, niat dia hanyalah nak bantu ramai sebangsa, seagama cari rezeki sedangkan dia boleh saje jual secara retail. Bangkitlah reseller… tulis pemilik akaun TikTok tersebut.

Orang ramai juga meninggalkan pelbagai reaksi yang turut merasa geram dengan kecaman terhadap Neelofa selepas melancarkan inai Nunha.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Dilihat menangis, ramai yang turut simpati dengan Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*