KUALA LUMPUR : Besar harapan vokalis Slam, Zamani Ibrahim, 51, untuk bertemu peminat pada Konsert Doa Buat Zamani Unplugged yang bakal dipentaskan di Zepp Kuala Lumpur, akhir bulan depan.
Semuanya gara-gara Zamani yang menderita peny4kit skoliosis yang menyebabkan tulang belakang memb3ngkok, tidak pasti apa yang akan berlaku selepas dib3dah, November depan.
Biarpun d0ktor menjelaskan ris1ko pemb3dahan yang dijangka mengambil masa antara lapan hingga 10 jam itu kecil, Zamani berhajat bertemu peminat selepas dia berehat panjang selepas prosedur itu.
“Saya berharap sangat dapat berkumpul dengan peminat setia pada malam itu. Konsert itu bukan untuk mengejar keuntungan, sebaliknya saya hanya mahu berkumpul dengan peminat kerana tidak tahu apa yang bakal terjadi selepas pemb3dahan.
“Seandainya sesuatu berlaku, sekurang-kurangnya saya puas hati kerana dapat berjumpa peminat,” katanya pada sidang media mengumumkan Konsert Doa Buat Zamani Unplugged di ibu negara, baru-baru ini.
Selain Zamani, konsert yang dijangka berlangsung dua jam pada 30 September depan, turut dijayakan Datuk Ramli Sarip, Fauziah Latiff dan Rahim Maarof serta penampilan istimewa, Datuk Aznil Nawawi.
Zamani berkata, konsert ‘unpluggged’ itu tidak dianjurkan secara terburu-buru, sebaliknya, dirancang sebelum Aznil melancarkan dana bagi menampung kos pemb3dahannya, Jun lalu.
Zamani menambah, dia lebih selesa mencari dana menampung kos pemb3dahan dan sara hidup melalui konsert berbanding membuka tabung bantuan.
Bagaimanapun, Zamani berterima kasih dan menghargai usaha Aznil yang berjaya mengumpul lebih RM100,000.
“Sejak awal lagi saya kurang selesa mewujudkan tabung bagi menampung kos pemb3dahan. Saya tidak mahu dilihat seperti meminta-minta.
“Sebaliknya, saya lebih suka menganjurkan konsert agar peminat boleh bersama-sama membeli tiket.
“Itu membvktikan peminat sayang dan terima saya. Tetapi jika mereka tidak dapat datang beri sokongan pada malam itu, tidak mengapa.
“Cukuplah doakan saya dari jauh,” katanya yang bakal mendendangkan enam lagu solo antaranya Syair Si Pari Pari, Nur Kasih dan Rindiani pada konsert itu.
Zamani berkata, kumpulan Slam tidak akan mengiringi persembahannya pada malam itu. Semuanya kerana Zamani enggan mengganggu persiapan kumpulan itu yang bakal mementaskan konsert ‘unplugged’, tahun depan.
“Pada asalnya kita bercadang bawa kumpulan Slam. Namun, disebabkan mereka akan terbabit dengan konsert tahun depan, saya tidak mahu ganggu.
“Buat masa ini, kami ada dua band yang akan mengiringi persembahan saya dan rakan-rakan pada malam itu. Namun, kami masih buat pilihan lain.
“Penonton bakal dihidangkan dengan 15 lagu saya dan rakan-rakan. Insya-Allah dewan mampu memuatkan kira-kira 1,400 penonton. Saya amat berharap tiket konsert habis dijual,” katanya.
Sementara itu, ditanya debaran menjalani pemb3dahan, dua bulan lagi, Zamani mengakui diburu kebimbangan. Namun, doktor memberi jaminan prosedur itu boleh berjaya 100 peratus.
Sebelum ini, gara-gara bimbang, Zamani menangguhkan pemb3dahan biarpun sudah mengh1dap peny4kit tulang belakang b3ngkok sejak 2015.
“Pada 2015, saya diberitahu ris1ko yang bakal saya tanggung selepas pemb3dahan adalah 70 peratus duduk atas kerusi roda dan 30 peratus lagi berjaya.
“Disebabkan itulah itulah saya asyik tangguhkan pemb3dahan dan mencari r4watan alternatif,” katanya.
Terbaru, doktor memaklumkan kepadanya mengenai kaedah pemb3dahan terkini yang lebih efisien.
“Pakar tidak akan b3dah, sebaliknya menebvk lubang pada bahagian terjejas… Insya-Allah peluang untuk pulih adalah 100 peratus.
“Selain itu, kaedah digunakan dapat mengurangkan pendar4han dan risiko kepada sar4f. Proses sembuh juga tidak lama, iaitu dalam masa dua minggu saya diberitahu sudah boleh memandu.
“Namun, semuanya bergantung kepada antibodi,” katanya.
Bagaimanapun, Zamani berkata, kos pemb3dahan itu agak mahal iaitu antara RM80,000 hingga RM100,000.
Zamani berkata, jika boleh, selepas pemb3dahan, dia tidak mahu berehat lama kerana mengganggu kerja dan periuk nasinya.
“Jika antibodi lemah, proses untuk sembuh boleh mengambil masa hingga enam bulan,” katanya.
Zamani berkata, dia akan bekerja mengikut kemampuan kesihatan dan tidak mahu lasak kerana dikhuatiri memudaratkan dirinya.
“Pemb3dahan harus dilakukan kerana tulang sudah mencucuk ke rusuk, jantung dan paru-paru. Ini menyebabkan saya s4kitsepanjang masa hingga perlu menelan ub4t tahan sakit.
“Sebelum ini, skoliosis yang saya alami tidak s4kit. Tetapi sejak tulang mula mencucuk rusuk, jantvng dan p4ru-p4ru, saya tidak mampu lagi menahan s4kit.
“Jadi, pemb3dahan harus disegerakan biarpun ia pilihan terakhir saya,” katanya.
Tiket Konsert Doa Buat Zamani Unplugged dijual pada harga RM238 bagi kategori Nur Kasih; RM288 (Rindiani); RM388 (Maria Mariana) dan RM499 (Kurnia).
Konsert Doa Buat Zamani Unplugged..
Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan buat mereka, Zamani, yang kini berusia 52 tahun bakal mengadakan sebuah konsert istimewa, Konsert Doa Buat Zamani Unplugged yang akan berlangsung pada jam 8.30 malam, 30 September ini di Zepp Kuala Lumpur.
Lihat video lanjut,,
Sumber: Youtube
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Sumber : DNQ
Be the first to comment on "“Doa buat Zamani…” – Ini Hasrat Zamani Sebelum Jl4ni Pembedh4n."