Pasangan Suami Isteri Pasrah, Jiran Tebuk Dinding Sampai Tembus Rumah

 

Lumrah hidup berjiran, kita mestilah selalu mengamalkan sikap toleransi dan bertimbang rasa dengan jiran di sekeliling. Namun lain pula perkongsian dari seorang wanita ini yang terpaksa menahan sabar melayan kerenah jiran yang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah sehingga membuatkan mereka turut sama terkesan.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan keadaan dinding di rumah mereka yang berlubang apabila jiran di sebelah mereka sedang melakukan kerja pengubahsuaian. Apa yang membuatkan ramai terkedu melihatnya ialah besi yang turut tembus di rumah wanita ini sehingga menyebabkan dinding rumah mereka berlubang.

Menurut wanita itu lagi, ini antara situasi biasa yang selalu dilalui mereka dan ini juga bukanlah kali pertama mereka melaluinya. Difahamkan, mereka suami isteri akan menampal semula bahagian dinding rumah yang berlubang dengan simen dan tidak memanjangkan 1su tersebut.

@desianifitriazman xtau nk sedih ke ketawa 🤣🤣 ngekek laki bini tgk 🤣 #fypシ #fypシ゚viral #foryourpage #sabarituindah ♬ Funny Song – Cavendish Music

Kebanyakan netizen juga turut sama kagum melihat reaksi pasangan suami isteri ini yang cukup tenang melayan kerenah jiran mereka ini. Malah bukan sekali tetapi beberapa kali juga mereka terpaksa menampal simen pada dinding rumah yang berlubang akibat dari kerja pengubahsuaian jiran mereka.

@desianifitriazman Replying to @liza2121ls ♬ original sound – Desiani Fitri Azman

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama memuji sikap sabar yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri ini. Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang meminta mereka untuk mengambil tindakan terhadap jiran mereka itu sebelum kejadian yang lebih buruk berlaku pada masa hadapan.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber :  HCL

Be the first to comment on "Pasangan Suami Isteri Pasrah, Jiran Tebuk Dinding Sampai Tembus Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*