Sampai Terpaksa Berhenti Kerja, Anak Cikgu Kongsi Beban Tugas Ibu Di Sekolah

 

Baru-baru ini, sebuah perkongsian tular di Tik Tok apabila seorang gadis yang juga merupakan anak cikgu meluahkan rasa simpati melihatkan nasib ibunya itu. Menurutnya, si ibu mempunyai begitu banyak kerja sebagai seorang cikgu sehingga menyebabkan kehidupan sehariannya turut terganggu.

Menerusi video yang dikongsikan itu, dia memberitahu ibunya itu menerima tanggungan kerja yang terlalu banyak di sekolah menyebabkan ibunya berasa stress di rumah. Gadis itu juga turut memberitahu berasa kasihan melihat ibunya terpaksa menyiapkan kerja-kerja itu sehingga lewat malam pada setiap hari.

Dia turut mempersoalkan kepada pihak atasan kerja apakah yang diberikan kepada ibunya itu kerana terlalu banyak tugas yang perlu disiapkannya. Malah menurutnya, si ibu sering kali tidak cukup tidur dan makan tidak teratur bagi menggalas tanggungjawab sebagai pendidik.

@urlastexxxxxx sian nya ibu 😭 #sad #menteripendidikan #pengetua #pendidikan #sadvibes ♬ untukmu aku bertahan – love?

Lebih mengejutkan, gadis itu memberitahu ibunya juga sampai terpaksa berhenti kerja gara-gara tidak sanggup menahan bebanan kerja yang banyak itu. Perkongsian gadis itu turut menerima perhatian ramai netizen di mana ramai juga anak-anak cikgu berkongsikan pengalaman yang sama dengan ibu bapa mereka.

Menurut mereka, kebanyakan cikgu kini terbeban dengan bebanan tugas yang sangat tinggi sehinggakan ada yang sering tidur lewat hampir setiap hari. Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berkongsikan reaksi mereka melihat situasi yang dikongsikan itu.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Sampai Terpaksa Berhenti Kerja, Anak Cikgu Kongsi Beban Tugas Ibu Di Sekolah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*