Rakaman Gadis Baju Kelawar Berj4ya L4wan B4lik P3raguvt – “Puas Hati Tengok…”

 

Tular di Twitter sebuah perkongsian video rakaman kamera CCTV yang memaparkan seorang gadis yang hampir menjadi m4ngsa ragut. Video tersebut tular dan menjadi bualan netizen apabila gadis itu dilihat begitu berani melawan semula dua peragut yang datang menyerangnya di bahu jalan.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan gadis berbaju kelawar itu berjalan seorang diri di tepi jalan apabila sebuah motorsikal berhenti di tepi. Pembonceng motorsikal itu kemudian meragut beg tangan yang dibawa oleh gadis itu namun gadis itu cuba melawan semula.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah orang awam yang melihat kejadian tersebut kemudian segera turun membantu gadis tersebut. Malah ada juga pemandu yang dari seberang jalan yang sanggup memberhentikan keretanya dan berlari bagi menghulurkan bantuan.

ANDA SEMUA YANG MEMBANTU TANGKAP PERAGUT ADALAH HERO!! pic.twitter.com/GHgDLBnpgo

— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) August 23, 2022

Difahamkan, kedua-dua peragut itu akhirnya berjaya ditahan di mana pihak polis tiba di situ untuk tindakan selanjutnya. Dalam masa yang sama, rata-rata netizen turut sama berasa kagum melihat tindakan berani gadis itu melawan semula peragut yang cuba membawa lari beg tangannya ini.

 Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama memberikan pujian kepada orang awam yang membantu gadis itu menahan peragut tersebut.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Rakaman Gadis Baju Kelawar Berj4ya L4wan B4lik P3raguvt – “Puas Hati Tengok…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*