Tahniah! Amy Search kini bergelar Datuk

 

PENYANYI Amy Search menjadi antara 163 orang penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang membawa gelaran Datuk.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi A Rahman, 64, merupakan satu-satunya penggiat seni yang disenaraikan sebagai penerima pingat sempena sambutan tahun ini.

Berita gembira itu dik0ngsi oleh isteri Amy iaitu Datin Norhasniza Hassan yang memuat naik gambar berdua ketika hadir ke Istana Melaka pada pagi Selasa bagi istiadat pengurniaan darjah berkenaan.

Amy antara penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan Amy tidak berjaya apabila panggilan dan mesej tidak berjawab.

Dalam temubual bersama sebuah portal, vokalis kumpulan Search ini memberitahu penganugerahan tersebut merupakan satu amanah sekaligus menjadi pengiktirafan buat seluruh karyawan hiburan.

“Pemberian pingat ini tidak akan merubah Amy Search yang semua kenali selama ini. Saya tetap Amy Search, penyanyi dan pemain industri muzik.

“Dengan dikurnian pingat ini, ia memberi saya lebih tanggungjawab demi menjadi teladan yang lebih baik,” katanya.

Dalam pengurniaan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai senarai 883 penerima darjah kebesaran Negeri apabila dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Sementara itu, Darjah Gemilang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri dianugerahkan kepada Pengarah Jab4tan S1asatan Jen4yah Nark0tik (JSJN), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Menteri Pert4hanan Indonesia, Prabowo Subianto.

Prabowo telah dikurniakan anugerah tersebut pada 26 Julai lalu di Dewan Utama, Pejabat TYT Melaka.

Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira diberikan kepada 26 penerima antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari; Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Baharin Din dan Ketua Umum Dewan Masjid Indonesia, Dr. Syafruddin Kambo.

Penerima tunggal Bintang Gagah Perkasa dianugerahkan kepada Pegawai Bomba Kanan II, Allahy4rham Mohd. Diya Che Jusoh yang terk0rban semasa operasi menyel4mat m4ngsa b4njir di Kampung Sungai Putat pada 20 Oktober tahun lepas.

Selain itu, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) di atas jasa beliau membantu m4ngsa banj1r.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Tahniah! Amy Search kini bergelar Datuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*