Mira Filzah Men4ngils Anak P0sltlf C0vld-19

Pelakon, Mira Filzah mendedahkan anak lelakinya, Wan Khair Amir yang berusia tiga bulan disahkan positif Covid-19, dua minggu lalu.

Menurut Mira, 29, dia tergerak hati untuk melakukan ujian saringan selepas melihat kondisi Amir yang sukar untuk bernafas.

Kata pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman, dia tidak sanggup melihat anak kecil menanggung kesakitan ketika dijolok hidung.

“Saya tergerak hati untuk membuat ujian saringan ke atas Amir selepas melihat kesukarannya untuk bernafas dan matanya berair. Selalunya bayi yang masih kecil jarang berdepan dengan situasi sebegitu.

Kebetulan sebelum ini keluarga saya turut disahkan positif Covid-19. Enggan mengambil risiko saya terus membuat pemeriksaan dan ternyata Amir juga positif Covid-19.

Sebagai ibu saya tak sanggup melihat keadaan Amir ketika menjalani ujian saringan. Kita yang dewasa pun rasa sakit bila hidung kita dijolok, inikan pula bayi berusia tiga bulan.”

Cepat atau lambat akan dijangkiti

Biarpun diuji, pelakon drama Pujaan Hati Kanda akur dengan takdir yang sudah tertulis.

Pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH) bersyukur apabila Amir tidak mengalami simptom yang teruk.

“Saya percaya kalau bukan sekarang mungkin pada masa akan datang Amir akan terkena juga jangkitan virus ini.

Alhamdulillah Amir tidak mengalami simptom yang teruk dan hanya perlu menjalani kuarantin di rumah saja.”

Sekadar info, Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dikurniakan Wan Khair Amir pada 10 Mei lalu di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota.

 

Sumber : Ohbulan

Be the first to comment on "Mira Filzah Men4ngils Anak P0sltlf C0vld-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*