Netizen terhibur Neelofa ‘usik’ Sufian Suhaimi, dedah dah ‘berpunya’

 

Pemilik suara lagu popular, Dimatamu iaitu Sufian Suhaimi seringkali menjadi tumpuan di media sosial. Selain kisah kerjayanya sebagai penyanyi, Sufian Suhaimi berusia 30 tahun ini juga tidak dapat lari daripada pertanyaan mengenai kisah cinta selepas beberapa kali dikaitkan dengan selebriti wanita.

Walau bagaimanapun, peminat nampaknya terhibur dengan gelagat usahawan dan selebriti popular, Neelofa yang sempat usik Sufian Suhaimi dalam satu sesi live di media sosial, Instagram yang mana gelagat mereka itu mencuri tumpuan peminat.

Muat naik seorang peminatnya ini pula berkongsikan satu klip video yang merakamkan gelagat Neelofa sempat mengusik Sufian Suhaimi yang mana difahamkan mereka sedang shooting. Video klip berdurasi 31 saat ini  ditonton ribuan pengguna Instagram yang dilihat terhibur dengan gelagat lucu Neelofa.

Melalui rakaman ini memaparkan Neelofa memanggil penyanyi itu dengan panggilan Pian lalu mengatakan bahawa dia sudah berpunya dan sempat berteka-teki menerusi live di Instagram.

@fb_innai_nunha

nakal Tau sis lofa kita ni 😂

♬ original sound – stokis innai nunha

“Nakal tau sis Lofa kita ni,” tulis peminatnya di platform TikTok itu diruangan kapsyen manakala menjengah ke ruangan komen, netizen juga nampaknya turut tercuit hati dengan gelagat Neelofa mengusik Sufian Suhaimi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Netizen terhibur Neelofa ‘usik’ Sufian Suhaimi, dedah dah ‘berpunya’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*