Masih Bersedih Pem3rgi4n Abang Sulungnya, Uyaina Arshad Pesan Rajin-Rajin Buat Pem3riks4an K3sih4t4n

Masih bersedih di atas kehilangan abang sulungnya pada malam Khamis lalu, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menasihatkan pengikutnya di laman Instagram agar sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.

Menurut Uyaina, peny4kit serangan jantung kini bukan lagi hanya menyerang golongan berusia sebaliknya, yang muda turut tidak terkecuali.

Abang sulung, Uyaina, Dr. Mohd Attaful Uzair Arshad, 35, men1nggal dunia akibat serangan jantung ketika melakukan aktiviti berbasikal pada malam Khamis lalu.

“Memang ajal tidak mengenal usia, kita mungkin rasa kita jaga makan, menjalani kehidupan sihat.

“Tapi saya nak pesan, jangan kita rasa diri kita sihat… kena rajin-rajin buat check up untuk periksa tahap kolestrol, jantung kita.

“Serangan jantung bukan lagi peny4kit untuk orang berusia,” kata Uyaina.

Dalam video itu juga, Uyaina turut berharap agar kerajaan Malaysia dapat melakukan sesuatu memandangkan jadual kerja doktor yang sentiasa sibuk dan padat sehingga menyebabkan mereka kurang mendapat rehat yang secukupnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

“Abang saya tidak merokok, umur 35 tahun, fit dan sihat.  Betul, ajal dah tertulis di tangan Allah.

“Doktor punya kerja memang sangat memenatkan, harap sistem (kerja) doktor diperbaiki. Saya harap akan ada lebih banyak consideration daripada kerajaan.

“Tiada guna cuba lahirkan ramai doktor tapi at the end of the day, mereka kerja teruk-teruk… tiada siapa yang jaga mereka,” katanya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : MediaHiburan

Be the first to comment on "Masih Bersedih Pem3rgi4n Abang Sulungnya, Uyaina Arshad Pesan Rajin-Rajin Buat Pem3riks4an K3sih4t4n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*