Sebut sahaja Abang Viva, ramai rakyat Malaysia cukup kenal dengan dirinya. Manakan tidak, jasa Abang Viva atau nama sebenarnya, Azwan Omar dalam membantu m4ngsa banjir yang terjadi sejak tahun lalu membuatkan dia begitu disenangi ramai.
Dia yang banyak membantu dan mengerahkan tenaga buat m4ngsa banjir meskipun bergerak solo dari Melaka mencetuskan dirinya sangat dikagumi netizen. Apatah lagi dengan berbekalkan sampan dengan menaiki kereta Viva miliknya, dia berjaya membantu m4ngsa banjir di beberapa negeri.
Walau bagaimanapun, sejak kelmarin Abang Viva hangat diperkatakan sekali lagi di media sosial. Berita mengenainya yang menerima kurniaan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam mengundang rasa gembira buat netizen.
Menerusi sumber, Azwan Omar yang pernah menjadi fenomena sejak tahun lalu ini dan diberi gelaran Abang Viva dilihat hadir bersama ibunya, Norbibah Hashim, 67, ke Balai Istiadat Seri Negeri dekat Ayer Ker0h, Melaka.
Nampaknya perjalanan Abang Viva yang semakin dihargai itu membuatkan ramai berkata di media sosial bahawa dia layak menerimanya dan dalam pada itu, netizen menghujani dengan ucapan tahniah kepada dirinya selepas menerima kurniaan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Sumber : HCL
Be the first to comment on "‘Abang Viva’ Terima Pingat, Netizen Tumpang Gembira"