“Silakan Sayang” –Berpeluang Baca Berita Bersama. Penyampai ‘Nervous’ Sampai Ters4sul Depan TV, Rupanya Ini Hubungan Mereka Berdua

Apabila kita melangkah ke alam pekerjaan, dah jadi satu kelebihan apabila kita dapat bekerja di satu tempat yang sama bersama pasangan kita.

Bukan sahaja boleh berjumpa setiap masa, bahkan banyak perkara boleh kita jimatkan tau seperti pergi dan balik ke pejabat bersama-sama, makan bersama-sama dan macam-macam lagi.

Penyampai berita sampai tersasul sebut sayang?

Tular di Tiktok, satu video memaparkan keadaan pembaca berita yang merupakan pasangan suami isteri, Nazrie Fahmie dan Samsia Samsi yang berpeluang bertugas bersama-sama secara langsung.

Nazrie yang merupakan penyampai berita utama pada sesi tersebut perlu menyerahkan tugas kepada isterinya, Samsia untuk menerangkan satu laporan dengan lebih terperinci.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah Nazrie seakan-akan tersasul menyebut ‘silakan sayang’ ketika menyerahkan tugas tersebut kepada isterinya.

Cuma tersasul nama sahaja

Akan tetapi, Samsia menjelaskan bahawa Nazrie tidaklah menyebut perkataan ‘sayang’ seperti yang disangka warganet.

Difahamkan, suaminya itu tersilap menyebut namanya sahaja kerana terlalu gementar selapas diusik rakan-rakan lain kerana bertugas bersamanya.

Video cuit hati netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut disamping ada juga yang mengatakan bahawa pasangan penyampai berita ini begitu serasi bekerja bersama.

 

Kredit: TikTok samsiasamsi, omm

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber :http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment on "“Silakan Sayang” –Berpeluang Baca Berita Bersama. Penyampai ‘Nervous’ Sampai Ters4sul Depan TV, Rupanya Ini Hubungan Mereka Berdua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*