Usia anak sulungnya kini berusia 3 bulan, pelakon dan pengacara Mira Filzah berkata dia tiada masalah untuk berkongsikan wajah Wan Khair Amir kepada umum.
Memetik Harian Metro, bagaimanapun Mira berkata dia akan berkongsikan wajah anaknya itu apabila tiba masanya nanti. Ujarnya, tiada sebab untuk sorok wajah anaknya kerana orang pasti akan melihat jika mereka berada di luar.
“Kenapa nak sorok? Kalau kita keluar rumah nanti, orang tetap akan nampak,” katanya.
Menurut Mira lagi, dia tidak menyangka akaun Instagram yang dibuat untuk anaknya kini sudah mencecah 50,000 pengikut meskipun hanya ada sekeping gambar sahaja.
“Buat masa ini, akaun itu tidak aktif pun dan cuma ada sekeping gambar. Saya saja buat dulu sebelum ada orang lain menggunakan nama Wan Khair Amir.
“Insya-Allah apabila ada gambar bayi kami yang sesuai, kami kongsikan di situ. Saya tidak ada masalah untuk tunjuk wajah anak tetapi sebelum buat sebarang keputusan saya perlu berbincang dengan suami.
Kalau sudah tiba waktu yang sesuai, kami akan paparkan wajahnya di Instagram,” katanya.
Mira dan Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada tanggal 2 September 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki pada 9 Syawal lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Sumber : motifviral
Be the first to comment on "“Kenapa Nak S0rok? Keluar Rumah Orang Tetap Akan Nampak” – Mira Filzah"