“Saya pernah ada lecturer macam ni, dua kali repeat” – Model dah bergelar pensyarah, ramai pula minat jadi pelajar

“MACAM ni hari-hari kelas bersemuka pun tak apa.”

Demikian salah satu komen yang diterima oleh seorang ibu kepada dua cahaya mata selepas videonya tular di media sosial.

Mana tidaknya, Nor Azian Mohamad mempunyai sosok tubvh yang tinggi, cantik dan manis apabila dipandang sehingga ramai yang ingin mengikuti kelas pengajiannya.

Sungguhpun mempunyai pakej lengkap, anak kelahiran Taiping, Perak ini tidak lokek mahupun sombong dengan orang sekeliling selain mesra apabila disapa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Memulakan bicara dengan mStar, dia yang kini berusia 29 tahun mengakui terkejut dan tidak menyangka video santai berdurasi 20 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu boleh menjadi viral.

“Pada asalnya saya hanya merekod sendiri video tersebut secara suka-suka selepas habis waktu kerja di dalam kelas dan saya edit gabungkan sedikit video yang saya rekod bersama pelajar di dalam kelas,” jelasnya bagi mengelakkan salah faham berlaku.

Bersama sebahagian pelajarnya.

Bersama sebahagian pelajarnya.

Mesra disapa Madam Yan, dia yang juga pensyarah multimedia di Universiti Sultan Azlan Shah (Usas), Kuala Kangsar, Perak turut berkongsikan pengalaman serta teknik-teknik untuk menjadi seorang pendidik sebagai kandungan video media sosialnya.

Katanya, ia susulan ramai yang mengajukan bagaimana untuk menjawat jawatan sebagai seorang pensyarah.

“Ramai yang bertanyakan bagaimana syarat serta perjalanan untuk bergelar seorang pensyarah. Oleh itu, saya berhasrat untuk kongsikan serba sedikit pengalaman yang dimiliki.

“Saya merupakan alumni pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan akan melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di UUM bagi intake September 2022/2023 ini.

“Ketika di peringkat sarjana muda, saya sudah mula melakukan pelbagai kerja terutama melibatkan diri sebagai model muslimah pada tahun 2015. Itu permulaan kerjaya saya dan Alhamdulillah saya diberi rezeki serta peluang untuk menjadi duta beberapa produk termasuklah Syahira Handsock Muslimah, Muslimah Heejab, Produk Are Ikan dan sebagainya.

“Pada tahun 2017, sewaktu saya belum konvo sarjana muda, saya sudah membuat permohonan untuk sambung belajar di peringkat sarjana kerana tidak mahu membuang masa,” kongsinya yang kemudian mendirikan rumah tangga pada tahun 2018.

Biarpun menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri, model dan juga pelajar, Madam Yan tidak pernah berasa lelah.

Malah katanya, setiap yang dilakukan itu adalah kerana minat dan tanggungjawab.

Pada masa sama demi memenuhi masa lapangnya kerana dia sudah terbiasa melakukan pelbagai aktiviti selain gemar dengan kesibukan.

Bercerita lanjut, dia yang pandai melukis dan memasak berkata semasa dalam pengajian sarjana pada tahun 2020, negara dilanda pandemik Cov1d-19 dan ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap dirinya.

“Pada waktu itu, saya agak terganggu di mana saya juga gelisah dengan masa depan.

“Supaya tidak mahu membuang masa, saya bersama rakan bisnes Amiza Azlin menyiapkan diri untuk mewujudkan jenama sendiri… kami sama-sama menerapkan segala ilmu yang ada dan dipelajari.

“Hampir 10 bulan kami membuat perancangan rapi, Alhamdulillah akhirnya berjaya melancarkan brand La Feya dengan keluaran koleksi pertama iaitu Bawal Wendy pada hujung tahun 2020.

“Sehingga kini, kita berjaya menjual beberapa koleksi dan sentiasa mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Madam Yan juga seorang model muslimah.

Madam Yan juga seorang model muslimah.

Meskipun sudah bergelar usahawan dan mempunyai jenama sendiri, dia tetap berusaha untuk mengejar impian menjadi pensyarah.

“Saya memang sangat suka bila dapat menyampaikan ilmu bermanfaat kepada orang ramai.

“Bagi mencapai cita-cita, saya turut ligat melihat laman sesawang universiti yang mengiklankan jawatan kosong walaupun ketika itu sibuk dengan bisnes.

“Tanpa disangka-sangka, terdapat jawatan kosong di USAS dan saya terus membuat permohonan. Selain emel resume kepada bahagian sumber manusia, saya juga hantar by hand terus kepada mereka,” tambahnya.

Ia juga sejajar dengan kelayakan akademik yang dimiliki kerana salah satu syarat untuk menjadi seorang pensyarah adalah mempunyai sarjana.

Selain itu, syarat lain yang diperlukan adalah pengalaman kerja dalam bidang yang dimohon.

Antara komentar yang ditinggalkan warganet.

Antara komen yang ditinggalkan warganet.

“Alhamdulillah rezeki, saya berjaya melepasi temu duga yang dijalankan… syukur sangat dengan rezeki dari Allah ini.

“Tugasan saya di kampus bukan sekadar pensyarah sebaliknya turut dipertanggungjawabkan sebagai host UsasTV iaitu mengendalikan rancangan-rancangan yang akan diterbitkan oleh UsasTV kepada masyarakat,” jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, individu yang berhasrat atau bercita-cita untuk menjadi pensyarah mahupun apa kerjaya sekali pun perlu memastikan resume mereka ‘cantik’ bagi melayakkan diri menjawat jawatan yang diingini.

“Nasihat saya buat adik- adik di luar sana, jika berminat untuk menjadi pensyarah, jangan tunggu kerja datang cari kita. Buatlah sesuatu untuk mencantikkan resume anda, sama ada berniaga online atau terlibat dengan apa sahaja kerja yang boleh melayakkan kita untuk diterima bekerja,” luahnya.

Dalam pada itu, dia turut mengajak pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk menyambung pengajian di Universiti Sultan Azlan Shah untuk membuat permohonan.

Terdahulu, videonya tular di aplikasi TikTok kerana penampilannya yang kelihatan muda seperti seorang pelajar.

Rata-rata netizen menyatakan ingin memilikinya sebagai tenaga pengajar.

Bagaimanapun, terdapat komentar beberapa warganet yang mencuit hati.

“Saya pernah ada lecturer macam ni, Alhamdulillah dua kali repeat.

“Kalau macam ni memang tak skip kelas.

Weekend madam buat kelas mesti ramai join,” ujar beberapa netizen.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mstar

Be the first to comment on "“Saya pernah ada lecturer macam ni, dua kali repeat” – Model dah bergelar pensyarah, ramai pula minat jadi pelajar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*