“lepas ni saya dah tak nak..”- Ayda Jebat Nekad Buat Keputusan Ini

Penyanyi dan pelakon popular, Ayda jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat memaklumkan dia tidak akan menerima tawaran untuk berlakon aksi mesra atau bersentuhan bersama pelakon lelaki lain, selepas ini. Menurut laporan Harian Metro, Ayda membuat keputusan tersebut untuk menjaga maruahnya sebagai seorang isteri dan mahu menjaga air muka suaminya iaitu Nabil Mahir.

Jelas pelakon yang berusia 30 tahun itu lagi, kejayaan sesebuah filem atau drama sebenarnya tidak bergantung kepada babak mesra  yang dilakonkan oleh seseorang pelakon.

“Memanglah saya seorang pelakon, tapi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu itu perlahan-lahan sudah dipegang. Saya sudah tidak perlu cerita cinta yang kena bertepuk tampar atau berpegangan tangan dengan lelaki.

“Era itu sudah berlalu dan saya kena didik peminat dan penonton di mana kita tidak perlukan filem sebegitu. Banyak saja filem atau drama seperti dari Korea Selatan yang tak perlu babak bersentuhan tapi masih buat kita senyum dan berbunga-bunga,” katanya.

Tambahnya lagi, melakonkan aksi mesra atau bersentuhan bersama pelakon bukan mahram adalah sesuatu yang ‘manis’ untuk ditontonkan oleh umum terutamanya selebriti yang sudah mendirikan rumah tangga.

Pelakon kelahiran Melaka itu menegaskan, sudah tiba masanya untuk dia pencen dari lakonan yang melakukan babak mesra bersama pelakon lain.

“Sekarang ini saya bukan bawa nama Ayda Jebat saja tapi saya juga bawa nama suami dan nama keluarga. Jadi, malulah. Mungkin dulu saya pun tak bagus, tapi selepas ini saya sudah tak nak,” jelasnya lagi.

Untuk info, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.

Sebagai rekod terdahulu, Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat melahirkan bayi perempuan secara pemb3dahan di sebuah pusat perub4tan Berita gembira itu dimaklumkan suami Ayda, Nabil Mahir. Nabil berkata, dia bersyukur apabila proses pemb3dahan bagi melahirkan bayi sulung dipermudahkan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pada jam 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” katanya ringkas kepada Harian Metro.

Terdahulu, Ayda menerusi hantaran di Instagram hari ini mend3dahkan bakal melahirkan bayi sulungnya secara pemb3dahan seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.

“Assalamualaikum semua. Insya-Allah ‘baby wuvv’ (gelaran bayinya) akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang. “Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin,” tulisnya.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber :https://www.viralkini.allnws.com

Be the first to comment on "“lepas ni saya dah tak nak..”- Ayda Jebat Nekad Buat Keputusan Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*