Rakaman Gelagat Tok Ti dan Che Ta Di Belakang ‘Booth’ Raih pujian Netizen

Sebut sahaja penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza tentu ramai yang sentiasa menyenangi sikapnya yang humble meskipun bertahun-tahun dikenali sebagai selebriti terkenal.

Jadi tidak mustahil jugalah, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra dengan panggilan Tokti tidak pernah dilupakan oleh peminat sehingga kini malah lagu-lagunya mahupun konsert atau apa sahaja yang dilakukannya tentu tidak terlepas peminat ikuti.

Terbaharu, satu muat naik seorang individu mengenai Tokti mencuri tumpuan ribuan warganet sehinggakan penyanyi berusia 43 tahun ini hangat diperkatakan menerusi ruangan komen. Melalui muat naik tersebut yang disertakan satu rakaman video berdurasi 15 saat mengatakan Tokti berada di belakang booth. Gelagatnya ini membuatkan ramai kagum dengan sikapnya lagi.

Ternyata meskipun seorang penyanyi dan usahawan hebat namun Tokti hanya humble sahaja apabila perlu makan di belakang booth. Bukan sekadar itu yang menjadi tumpuan apabila kelakuan Che Ta juga mendapat perhatian ramai kerana dia dilihat sempoi sedang mengemas di situ.

@teamgojes_beausiti Kesian tokti, lapar dia ya di Singapore 😍❤️ #SlowZoom #sitinurhaliza #fypシ #beausiti #beaukids #fyp #teamgojes #esekeli ♬ original sound – BAD_ARSILA

“Kesian Tokti, lapar dia ya di Singapore.” Tulis pemilik akaun manakala video tersebut dihujani dengan pelbagai reaksi kagum netizen dengan Tokti mahupun Che Ta sehinggakan video yang dikongsikan itu juga meraih ribuan tanda suka.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Rakaman Gelagat Tok Ti dan Che Ta Di Belakang ‘Booth’ Raih pujian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*