“Perasaannya Seperti Mimpi,” – Vanessa Reynauld Berjaya Beli Toyota Vios Pada Usia 22 Tahun

Penyanyi, Vanessa Reynauld menzahirkan rasa syukur selepas impiannya untuk memiliki kereta pertama jenis Toyota Vios pada usia 22 tahun akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut Vanessa, kejayaan tersebut merupakan hasil daripada kerja kerasnya selama ini.

“19.08.2022. Saya telah berjaya membeli kereta pertama. Perasaannya seperti mimpi. Saya sangat bersyukur kerana berjaya untuk membeli kereta sendiri pada usia 22 tahun.

“Mimpi sememangnya boleh menjadi kenyataan jika kita berkerja keras. Terima kasih kepada orang-orang tersayang yang sentiasa ada bersama saya disaat jatuh dan bangun,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Buat Ku Sempurna itu menerusi laman Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ᴠᴀɴᴇssᴀ ʀᴇʏɴᴀᴜʟᴅ | Vocalist (@vanessareynauld)

Dalam pada itu, Vanessa turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang sentiasa menyokong dirinya selama ini.

Katanya lagi, dia tidak akan berhenti untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Kejayaan ini hanya membuatkan saya mahu bekerja dengan lebih keras untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Vanessa akan lebih sukses selepas ini.

“Proud of you baby girl,” -,Shila Amzah.

“Well deserved Vaness,”- Mark Adam.

“Proud of you love,” -Thanuja.

“Congratulations, proud of you,” – Francisca Luhong.

 

Terdahulu, nama penyanyi yang popular dengan gaya rambut kerinting itu mula mendapat perhatian selepas menyertai program nyanyian cilik Ceria Pop Star musim ke-3.

 

 

Sumber & Kredit Foto: Instagram Venessa Raynault

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "“Perasaannya Seperti Mimpi,” – Vanessa Reynauld Berjaya Beli Toyota Vios Pada Usia 22 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*