S4klt kep4l4 berte3ruvsan sejak berada di Manila, Tya Ariffin dim4suvkkan ke h0spltal

PELAKON dan usahawan Tya Ariffin terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami sakit kepala kronik.

Tya atau Nurtria Wulandari, 28, memberitahu dia mengalami sakit kepala ketika berada di Manila, Filipina namun kesakitan itu tidak hilang setibanya di Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

“Kelmarin dari Manila, daripada pagi saya dah pening kepala membawa sampai ke Kuala Lumpur pada 7 malam, tetap sakit kepala.

“Saya tahankan juga sampai rumah tetapi sakit tetap tidak hilang sampai tidak boleh tidur semalaman.

Tya berharap segera dibenarkan keluar hospital.

“Semalam ambil keputusan untuk ke hospital dan bermalam,” katanya menerusi Instagram.

Tya turut berkongsi video memperlihatkan dia di atas katil wad dan ditemani oleh suami, Asyraf Khalid sambil mengusap kepala isterinya.

Dalam pada itu, Tya memberitahu sedang menunggu keputusan daripada doktor selepas membuat pemeriksaan bagi mengetahui punca sakit kepala tersebut yang semakin teruk.

Tya turut memohon doa daripada pengikutnya agar sakit kepalanya itu bukan serius dan dibenarkan pulang ke rumah.

“Semoga boleh balik hari ini, dah janji dengan Arif nak tengok konsert pertamanya,” katanya.

Tya berada di Filipina bagi menghadiri beberapa pertemuan dan mesyuarat dipercayai berhubung produknya, Jamu Mutyara.

 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "S4klt kep4l4 berte3ruvsan sejak berada di Manila, Tya Ariffin dim4suvkkan ke h0spltal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*