Bapa Pengantin Perempuan Menangis Sebak Lepaskan Anaknya, Ditenangkan Jurunikah

 

Bagi mereka yang bergelar bapa, momen melepaskan anak perempuan untuk berkahwin pastinya antara saat yang membuatkan mereka sedih dan tersentuh. Sama seperti sebuah video yang tular dikongsikan ini apabila bapa kepada pengantin perempuan ini tidak dapat menahan air matanya sehingga terpaksa ditenangkan oleh jurunikah.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan pasangan pengantin bersedia untuk disatukan dalam sesi akad nikah tersebut. Dalam masa yang sama, kelihatan bapa kepada pengantin perempuan yang dilihat sebak dan tidak dapat mengawal emosinya untuk melepaskan anak perempuannya pergi.

Situasi itu turut membuatkan jurunikah dan beberapa ahli keluarga memujuk dan menenangkan bapa tersebut. Malah bapa itu dilihat tidak henti-henti mengesat air matanya semasa cuba membacakan lafaz wakil wali di depan jurunikah.

@fitrinruslee Replying to @tyrazizi video ori #kawin #fyp #fitrinruslee ♬ original sound – Fitrin Ruslee

Si bapa akhirnya berjaya juga selesai membaca lafaz tersebut sambil ditenangkan oleh ahli keluarga yang lain. Bukan hanya bapa tersebut malah pengantin perempuan juga turut sama dilihat berasa sebak dan mengalirkan air matanya di atas pelamin.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut berasa sebak melihat reaksi sedih dari bapa pengantin perempuan ini. Rata-rata netizen turut memahami perasaan sedih yang dialami oleh bapa tersebut yang mungkin berasa sedih untuk melepaskan anak perempuannya menuju ke fasa lain dalam kehidupannya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Bapa Pengantin Perempuan Menangis Sebak Lepaskan Anaknya, Ditenangkan Jurunikah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*