Mak Cik ‘Steady’ Jadi Penumpang Kereta Drift, Siap Bagi ‘Thumbs Up’ Lagi!

 

Kebiasaannya anak muda cukup teruja bila melibatkan aktiviti lasak dan mencabar. Ini termasuklah menaiki kereta drift dan beberapa aktiviti lain. Namun kali ini satu rakaman dengan paparan seorang wanita agak berusia menaiki kenderaan yang dibawa secara drift telah mencuri perhatian ramai.

Biarpun bukanlah wanita ini yang membawa kenderaan tersebut, namun individu ini dilihat sangat sempoi melayan kelajuan di ruang duduk penumpang. Memang sempoi habis!

Dalam sebuah rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, dipaparkan sebuah kereta dibawa dengan laju dan terkadang ada drift juga. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila kereta itu diberhentikan dan turun seorang mak cik dari tempat duduk penumpang.

Berikut adalah perkongsian rakaman mak cik steady jadi penumpang kereta drift yang telah dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama hariezzhr_:

@hariezzhr_

Queen

♬ original sound – Hariez

Bila mak cik ini turun dari ruang penumpang, sempat dia melambai-lambai dan menunjukkan thumbs up kepada penonton di situ. Sempoi betul mak cik ini! Apa-apa pun perkongsian rakaman mak cik steady jadi penumpang kereta drift ini telah meraih lebih 5 juta tontonan dan sejuta likes.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja mereka menyaksikan gelagat mak cik ini. Berikut antara komen netizen tersebut:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Mak Cik ‘Steady’ Jadi Penumpang Kereta Drift, Siap Bagi ‘Thumbs Up’ Lagi!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*