Syarikat Akhbar Dikatakan P3rl3k3h Ryan, Ramai Netizen Pert4h4nkan Ryan

Sebut sahaja nama Ryan Bakery pastinya ramai yang cukup kenal dengan pemuda yang terkenal dengan video-video lucunya di Tik Tok. Nama pemuda ini mula menjadi sebutan ramai apabila video berkisarkan tentang kenangan di zaman 90-an yang dihasilkannya meraih perhatian ramai.

Baru-baru ini pula, peminat Ryan Bakery tampil mempertahankan lelaki itu gara-gara sebuah karikatur yang dikongsikan oleh sebuah akbar tempatan. Menerusi ruangan karikatur itu, pelukis berkongsikan perbandingan cara seseorang untuk menjadi popular pada zaman dahulu dan sekarang ini.

Walaupun tidak ada menyebut nama sesiapa, imej bedak yang ditampilkan di dalam karikatur itu membuatkan ramai menganggap ianya ditujukan kepada Ryan Bakery. Malah ramai yang cukup kenal dengan imej kanak-kanak yang sering dibawakan oleh pemuda itu dengan muka berbedak seperti ini.

Menerusi perkongsian itu pula, pelukis berkongsikan perbandingan cara zaman dahulu dan sekarang di mana dahulunya pelakon yang berwajah tampan yang meraih populariti. Manakala pada zaman sekarang pula, mereka hanya memerlukan sebuah telefon pintar dan bedak tabur untuk merakamkan content di media sosial.

Ilustrasi karikatur tersebut kemudiannya meraih pelbagai reaksi dari netizen dan kebanyakannya mengecam tindakan akbar tempatan itu menggunakan imej Ryan Bakery sebagai contoh.

Malah rata-rata netizen mempertahankan pemuda itu yang tidak pernah menimbulkan sebarang kontroversi malah memberikan contoh yang baik dalam kalangan content creator yang lain.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Syarikat Akhbar Dikatakan P3rl3k3h Ryan, Ramai Netizen Pert4h4nkan Ryan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*